Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rashford tak sabar nak betulkan keadaan

Mar 8, 2023 | 5:30 AM
SATU PERLAWANAN SAJA: Marcus Rashford berkata kekalahan itu tidak menentukan keseluruhan musim ini bagi United.
SATU PERLAWANAN SAJA: Marcus Rashford berkata kekalahan itu tidak menentukan keseluruhan musim ini bagi United. -

MANCHESTER: Marcus Rashford berkata beliau berharap Manchester United dapat "bermain satu perlawanan hari ini" untuk "membetulkan keadaan" selepas kekalahan teruk 7-0 di tangan Liverpool.

Pengurus United Erik ten Hag menyifatkan persembahan anak buahnya "tidak profesional" dalam satu nterviu selepas perlawanan tersebut.

Namun, Rashford, 25 tahun, berkata seluruh skuad pasukan itu tidak boleh menganggap perlawanan tersebut yang akan menentukan keseluruhan musim ini bagi United.

"Saya harap kita dapat bermain dalam satu perlawanan hari ini dan cuba memperbetul keadaan," kata pemain itu dalam satu catatan Tweeter.

"Keputusan ini tidak sepatutnya menentukan keseluruhan musim kami kali ini.

"Kita perlu yakin pada prosesnya dan bersatu."

Ia kekalahan paling buruk yang pernah dialami United dan paling teruk di tangan Liverpool.

Tiga kekalahan yang dialami mereka sebelum ini melibatkan tujuh gol, iaitu semasa menentang Blackburn Rovers pada 1926, Aston Villa pada 1930 dan Wolverhampton Wanderers pada 1931.

Rashford, yang merupakan pemain antarabangsa England, bukan satu-satunya pemain yang mengulas tentang perlawanan itu.

Penjaga gawang United, David de Gea, juga menganggap keputusan itu sebagai teruk. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg