Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Rashford yakin Man U mampu beri cabaran hebat

Jul 11, 2022 | 05:30 AM



MARCUS RASHFORD meletakkan harapan Manchester United akan mulakan kempen Liga Perdana dengan hebat selepas Erik ten Hag menamatkan minggu pertama latihan pramusimnya sebagai jurulatih Old Trafford yang baru.



Rashford mengalami tahun terburuknya bersama United musim lalu, dilanda kecederaan dan sering tidak diturunkan di bawah pengurus sementara Ralf Rangnick.



Pemain berusia 24 tahun itu juga digugurkan daripada pasukan England pimpinan Gareth Southgate dan kembali ke Manchester untuk memulihkan semula prestasinya yang dianggap sebagai salah satu prospek paling cemerlang di Eropah.



Rashford dan sejumlah pemain United yang tidak dipilih bagi perlawanan antarabangsa kembali untuk latihan pramusim minggu lalu ketika Ten Hag memulakan era barunya di Old Trafford.



Bercakap kepada MUTV, Rashford berkata:



"Kami rasakan keghairahan sekali lagi ketika di padang latihan dan ia pasti beri kesan positif menjelang pramusim.



"Ia adalah pertama, mendapatkan prinsip yang betul tentang bagaimana Erik mahu kami bermain dan kedua, menikmatinya.



"Dalam minggu pertama latihan kami telah melakukan kedua-duanya dan semua pemain tidak sabar untuk beraksi di perlawanan pramusim di luar negara dan buat apa yang telah kami lakukan dalam latihan dalam perlawanan pertama".



Ketibaan bekas pengurus Ajax itu disambut baik oleh peminat United, dan seperti yang dikatakan oleh Rashford, para pemain juga menantikan cabaran baru dengan taktik segar oleh jurulatih Belanda itu.



"Bagi saya, ia adalah idea segar, taktik segar dan personaliti baru yang disertakan ke dalam pasukan.



"Saya tidak sabar untuk beraksi di bawah asuhannya dan menyesuaikan diri dengan apa yang beliau mahu kami lakukan tanpa ragu-ragu.



"Itulah yang beliau mahu kami lakukan. Perkara itu memang mengambil masa tetapi ia adalah satu cabaran yang kami semua nantikan".



Rashford menjalani pembedahan bahu selepas Euro 2020 dan dijangka cemerlang untuk kelabnya itu pada musim berikutnya.



Tetapi beliau hanya menjaringkan empat gol Liga Perdana dalam 25 penampilan, paling rendah baginya, ketika United gagal menjulang sebarang trofi dan terkial-kial dalam Liga Europa.



Bagaimanapun, beliau yakin hasil daripada jelajah pramusim global akan membantu kelab itu dalam usaha mereka untuk bangkit semula di bawah pengurus baru musim depan.



"Saya tidak fikir saya mempunyai pramusim yang meyakinkan sejak 2019 oleh itu bagi saya ia pasti sesuatu yang positif.



"Secara jujur, saya rasa saya perlu berehat dan menggunakan masa itu untuk fokus semula lebih awal.



"Oleh itu apabila tiba perlawanan pertama, anda rasa yakin kerana anda telah lakukan latihan selama hampir enam minggu terlebih dahulu," kata Rashford.



Pemain sayap itu juga mengakui bahawa para pemain United telah "menikmati sesi latihan" di kompleks Carrington selepas tamat tempoh sementara Ralf Rangnick sebagai pengurus musim lalu.



Ten Hag, 52 tahun, dilaporkan mementingkan disiplin sejak mengambil alih kelab itu, mengarahkan pemain tiba pada 9 pagi dan lakukan sesi latihan yang lama.



Rashford memberi pandangan yang lebih mendalam tentang latihan di salah satu kelab terbesar dunia itu, mengakui bahawa "kami bukan hanya bermain bola sepak dan berlari saja, lebih daripada itu dan ia menyeronokkan".



United akan berlepas ke Thailand untuk memulakan jelajah pramusim mereka dan bakal menentang Liverpool di sana pada 12 Julai (hari ini). - Agensi berita.




SENTUHAN TEN HAG BERKESAN 



"Kami rasakan keghairahan ketika di padang latihan sekali lagi dan ia pasti beri kesan positif menjelang pramusim.
Ia adalah pertama, mendapatkan prinsip yang betul tentang bagaimana Erik mahu kami bermain dan kedua, menikmatinya''.
- Marcus Rashford memberi pandangan tentang Ten Hag.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >