Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rasuah: Bekas naib presiden Fifa mengaku bersalah

Apr 21, 2016 | 12:55 PM



LONDON: Bekas naib presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jeffrey Webb, telah mengaku menyalah guna kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, dan berkata memberi sogokan kepada pegawai bola sepak amalan biasa bagi syarikat pemasaran sukan.



Petikan pengakuan bersalah Webb dikeluarkan oleh seorang hakim di New York selepas dia mengaku terhadap tujuh pertuduhan, termasuk pengubahan wang haram dan menerima rasuah sebagai ganti bagi hak televisyen.



"Saya menyalah guna kedudukan saya untuk mendapatkan rasuah dan sogokan untuk kepentingan peribadi saya," kata Webb, yang memegang dua kerakyatan, Kepulauan Cayman dan British, kepada hakim.



Dia pegawai paling berprofil tinggi yang ditangkap dalam serbuan di sebuah hotel mewah di Zurich, Switzerland, pada Mei tahun lepas.



Bekas banker Kepulauan Cayman itu, yang menjadi presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean (Concacaf), mengaku menerima rasuah bagi penjualan hak komersial perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan 2022, dan kejohanan Copa America Centenario, yang akan diadakan pada Jun.



Webb, 51 tahun, mengaku berkomplot untuk menipu majikannya dan konspirasi untuk melakukan kesalahan pengubahan wang haram.



Peguam Fifa menuntut audit ke atas aset Webb, sambil berkata dia mungkin tidak mengisytiharkan sepenuhnya asetnya kepada mahkamah.



Webb mempunyai lima hartanah berdaftar atas namanya dan isterinya dan, pada Julai lalu, dia juga menyerahkan kepada mahkamah 11 jam tangan, termasuk empat Rolex dan sebuah Roadster Cartier.



Rayuan bersalah dua lagi pegawai juga dikeluarkan - Alejandro Burzaco, seorang eksekutif pemasaran warga Argentina-Italy, dan Jose Margulies, pengantara Brazil.



Pendakwa raya Amerika telah mengenakan tudduhan ke atas 42 individu kesemuanya kerana meminta dan menerima berpuluh-puluh juta dolar dalam bentuk rasuah dan sogokan. - The Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >