Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Real bangkit; Man City gigit jari

May 06, 2022 | 05:30 AM



MADRID: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata pasukannya harus memproses kekecewaan yang dialami selepas tewas secara dramatik kepada Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan segera bangkit untuk meneruskan usaha mempertahankan mahkota Liga Perdana England (EPL).



City mendahului Liverpool dengan satu mata di puncak liga, dan berdepan dengan Newcastle pada hujung minggu ini.



"Ini adalah detik sukar bagi kami... saya tidak boleh menafikan hakikat tersebut," kata Guardiola.



"Kami begitu hampir ke final Liga Juara-Juara... tapi tidak kesampaian akhirnya.



"Kini, kami perlu memproses kekecewaan ini, pulang ke tempat sendiri dan meneruskan perjuanganbagi empat perlawanan liga terakhir kami."



Terpegun dan bak tidak percaya nasib yang menimpa mereka, pemain City tercegat berdiri atau tersungkur ke padang lama selepas pengadil meniup wisel penamat di Stadium Bernabeu dinihari semalam.



Berbekal kemenangan 4-3 dari separuh akhir pertama, City bertandang ke Madrid dengan penuh keyakinan dan menguasai permainan sepanjang 90 minit pertama.



Malah, City menambah kelebihan agregat menjadi 5-3 pada minit ke-70 apabila Riyad Mahrez menyumbatkan gol cantik untuk membisukan penyokong Real.



Namun, harapan City mara ke final Liga Juara-Juara kedua dalam dua musim berturut-turut musnah dalam masa kecederaan.



Pemain gantian Rodrygo menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan untuk menyamakan agregat 5-5; sebelum Karim Benzema, menjaringkan gol penalti dalam masa tambahan.



Sebelum gol-gol itu, Real tidak menunjukkan tanda-tanda dapat bangkit.



"Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama, tetapi kami bangkit selepas menjaringkan gol," kata Guardiola.



"Malah, pemain kami selesa mempertahankan kedudukan selepas itu. Pasukan lawan tidak menyerang kami bertubi-tubi... itu tidak berlaku.



"Namun, mereka mengarahkan ramai pemain memasuki kotak penalti kami... pemain seperti Eder Militao, Rodrygo, Vinicius Junior dan Benzema dan akhirnya mereka menjaringkan dua gol," kata Guardiola.



"Kami tidak bermain terbaik yang kami mampu dan ini adalah biasa, kerana pemain merasai tekanan untuk mara ke final. Adalah sukar untuk meramalkan keputusan dalam bola sepak dan kami harus menerima hakikat ini."



Kekalahan itu bermakna City terlepas peluang bertemu Liverpool - seterunya yang sedang bersaing sengit dalam EPL - di final Liga Juara-Juara di Paris pada akhir bulan ini.



Liverpool, yang telah menempah tempat ke final dengan menewaskan Villareal kelmarin, bertemu Tottenham Hotspur dalam liga Sabtu ini, sehari sebelum perlawanan antara City dengan Newcastle.



Beberapa pemerhati sukan berkata kekalahan ini boleh menyebabkan pemain City hilang tumpuan dan keyakinan diri, sekali gus memberikan kelebihan kepada Liverpool.



Bekas pemain England dan Real Madrid, Jonathan Woodgate, berkata:



"Mungkin juga saingan liga menjadi lebih terbuka selepas ini."



Bekas pemain City, Joleon Lescott, berkata City pernah tersingkir di peringkat ini dan sekali lagi tuah tidak menyebelahi mereka.



"Guardiola harus menyemarak semula semangat pemain-pemainnya... tapi perasaan beliau juga perlu diuruskan. Beliau telah sekian lama gagal memenangi Liga Juara-Juara... dan kekalahan ini pastinya menyakitkan baginya," kata Lescott. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >