CARDIFF (Wales): Cristiano Ronaldo menjaringkan kededua gol untuk membantu Real Madrid menjulang trofi pertama daripada enam kejuaraan yang diidamidamkannya musim baru ini selepas mengalahkan Sevilla 2-0 dalam Piala Super di Cardiff kelmarin.
Ronaldo, yang memulakan perlawanan bersama muka baru James Rodriguez dan Toni Kroos, menjaringkan gol pertamanya dengan menolak masuk hantaran bintang Wales, Gareth Bale.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg