Premium
Real Madrid bergelut atasi Inter
Nov 5, 2020 | 5:30 AM
WIRA PASUKAN: Rodrigo (kanan) meraikan bersama rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan Real Madrid yang mengalahkan Inter Milan 3-2 di stadium Alfredo di Stefano dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara awal pagi semalam. - Foto EPA-EFE -
MADRID: Real Madrid menggagalkan kebangkitan babak kedua Inter Milan untuk menang 3-2 awal pagi semalam dan kembali mengangkat saingan mereka dalam Kumpulan B Liga Juara-Juara.
Pemain Madrid berusia 19 tahun dari Brazil, Rodrygo dimasukkan dari bangku simpanan untuk meledak jaringan kemenangan di stadium Alfredo di Stefano, yang tanpa kehadiran penonton, selepas Inter mengancam untuk menukar keputusan selepas dua kali menyamakan kedudukan.

