Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Real Madrid kalah mengejut di tangan Celta

Jan 19, 2017 | 8:03 AM
Pemain Celta Vigo meraikan kemenangan sedang pemain Real Madrid Alvaro Morata (jersi putih) tampak hampa.
Pemain Celta Vigo meraikan kemenangan sedang pemain Real Madrid Alvaro Morata (jersi putih) tampak hampa. - GAMBAR REUTERS

MADRID - Selepas rekod 40 perlawanan tanpa kalah dipecahkan, Real Madrid mengalami kekalahan kedua dalam tempoh empat hari pada Rabu (18 Jan).

Ia tumpas 1-2 di tangan Celta Vigo dalam perlawanan suku akhir pertama Copa del Rey di Santiago Bernabeu.

Ketiga-tiga gol dijaringkan dalam enam minit pada pertengahan babak kedua.

Real masih boleh menyelamatkan usahanya meraih tiga kejuaraan, La Liga dan Liga Juara-Juara, tetapi perlu menjaringkan sekurang-kurangnya dua kali ganda apabila bertandang ke Balaidos bagi perlawanan kedua pada 25 Jan.

Cristiano Ronaldo membuat penampilan pertamanya di Copa del Rey dalam dua tahun sedang jurulatih Real, Zinedine Zidane, menurunkan pasukan yang kuat dengan hanya empat pertukaran selepas pasukannya tewas kali pertama dalam 41 perlawanan di tangan Sevilla pada Ahad (15 Jan).

Bagaimanapun, dengan suhu jatuh di bawah sifar dan perlawanan tertangguh sehingga 9:15 malam waktu tempatan, suasana yang kurang memberangsangkan di Bernabeu telah diburukkan dengan persembahan hambar Madrid.

Dalam satu lagi perlawanan lain, dua gol lewat daripada Ibai Gomez memberi kemenangan 2-0 kepada Alaves mengalahkan kelab divisyen dua Alcorcon. - (AFP).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg