Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Real Madrid pecat Ancelotti, Rafa dijangka pengganti

May 26, 2015 | 10:26 AM
PENGURUS DIPECAT: Carlo Ancelotti telah dipecat oleh Real Madrid selepas memimpin kelab itu selama dua musim. - Foto AFP
PENGURUS DIPECAT: Carlo Ancelotti telah dipecat oleh Real Madrid selepas memimpin kelab itu selama dua musim. - Foto AFP -

MADRID (Sepanyol) - Pengurus kelab bola sepak Real Madrid, Carlo Ancelotti, telah dipecat selepas membimbing kelab itu selama dua musim.

Sepanjang tempoh di Real Madrid, karyawan Italy itu telah memimpin kelab tersebut menjuarai Piala Sepanyol sebelum membantunya menjulang Piala Eropah ke-10 tahun lalu.

Namun, tahun ini mereka terkeluar dari kejuaraan Liga Juara-Juara selepas tewas di tangan Juventus semasa separuh akhir lalu, sedang pesaingnya, kelab bola sepak Barcelona, menjuarai La Liga.

Pasukan bimbingan Ancelotti muncul naib juara dalam liga Sepanyol, dua mata di belakang Barca, yang kini berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Presiden kelab Florentino Perez menyatakan di sidang akhbar, "ia bukanlah satu keputusan yang mudah" sebelum mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti dan menambah seorang pengurus baru akan dilantik "minggu hadapan".

"Apakah kesalahan yang telah dilakukan Ancelotti? Saya tidak tahu," kata Perez.

"Apa yang dikehendaki di Real Madrid adalah sangat tinggi. Rasa sayang para pemain dan peminat terhadap Carlo adalah serupa rasa sayang sayang saya terhadapnya."

Bos Napoli, yang juga bekas pengurus kelab bola sepak Liverpool, Rafael Benitez, dijangka mengambil alih jawatan itu daripada Carlo apabila musim bola sepak Italy berakhir. - BBC Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg