Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Real Madrid sertai City ke suku akhir

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, Real Madrid berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Atalanta 3-1 pada aksi timbal balik dan 4-1 secara agregat.



Sergio Ramos menandakan kepulangannya daripada kecederaan dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Karim Benzema meneruskan ketajamannya di depan gawang dengan menghukum kesilapan penjaga gol Atalanta Marco Sportiello.



Selepas permulaan garang skuad kendalian Zinedine Zidane itu, Atalanta sukar bangkit dan sekadar merapatkan jurang menerusi Luis Muriel sebelum Marco Asensio meledak gol ketiga Madrid.



Ramos bermain lebih sejam pada penampilan keduanya sejak pulih daripada kecederaan lutut manakala jaringan Benzema adalah jaringannya yang kelapan dalam lapan perlawanan, dan gol Liga Juara-Juara ke-70 penyerang Perancis itu.



Beliau merupakan pemain kelima yang berjaya mencapai angka berkenaan.



Cristiano Ronaldo mendahului senarai penjaring dengan 134 gol, diikuti Lionel Messi (120), Robert Lewandowski (72) dan Raul Gonzalez (71).



Sementara itu, Manchester City melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas jaringan awal Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-0 di Budapest, dan 4-0 secara agregat.



Liga Juara-Juara satu-satunya trofi yang belum dijulang Pep Guardiola sepanjang lima tahun menjadi pengendali Manchester City, dan tidak pernah melepasi kelompok lapan terakhir.



Namun pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kini mempunyai peluang untuk mengakhiri kemarau itu bulan depan selepas menampilkan persembahan hebat di ibu kota Hungary itu.



"Apa yang berlaku sebelum ini sudah berlalu. Satu perlawanan buruk dalam suku akhir, atau lalai beberapa minit boleh menghukum anda.



"Kini semuanya pasukan terbaik Eropah. Kualiti semakin tinggi dan saya harap kami dapat mengekalkan semangat ini," kata Guardiola yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Barcelona sebanyak dua kali.



De Bruyne dan Gundogan antara tonggak utama yang direhatkan ketika kemenangan 3-0 Liga Perdana Inggeris di Fulham Sabtu lalu dan City bermula garang untuk merakam kemenangan ke-24 dalam 25 perlawanan terakhir mereka.



Selepas percubaan minit keenam Phil Foden diselamatkan Yann Sommer, De Bruyne membuka jaringan pada minit ke-12.



Enam minit kemudian Foden membuat umpanan untuk Gundogan meledak gol kedua City, dan yang ke-15 dirinya musim ini.



Kelab Jerman itu tewas kesemua tujuh perlawanan sejak pengendalinya Marco Rose mengumumkan akan meninggalkan kelab akhir musim ini bagi menyertai Borussia Dortmund. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >