Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Regu silat SG buat kejutan, rangkul emas di kejohanan dunia

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dinobat juara dunia bagi acara seni regu puteri dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 malam kelmarin, srikandi Singapura Iffah Batrisyia Noh memberitahu rakan sepasukannya, Amirah Sahrin dan Nur Ashikin Zulkifli, "jom makan McDonalds malam ini!".



Trio negara itu layak menyambut kemenangan mereka selepas berjaya mengejutkan juara Sukan SEA 2022, Vietnam untuk merangkul emas pada penyertaan pertama mereka dalam kejohanan dunia.



Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka malam kelmarin, persembahan Singapura yang lebih seragam dan bertenaga dinilai 9.950 mata, cukup untuk menewaskan pasukan Vietnam, yang dibentuk Vuong Thi Binh, Nguyen Thi Thu Ha dan Nguyen Thi Huyen (9.945 mata).



"Ada pasukan yang mencuba berkali-kali untuk menang emas dalam kejohanan dunia, tapi belum berhasil.



"Jadi, untuk kami berjaya menjadi juara dunia pada percubaan pertama, ia benar-benar pencapaian yang luar biasa. Saya tidak dapat menggambarkan perasaannya," kata Iffah, 19 tahun.



Amirah, juga 19 tahun, pula menambah:



"Tidak terlintas dalam fikiran untuk datang ke sini dan menang emas sebab kami sedar bahawa pasukan kami masih baru lagi dan banyak perkara yang perlu kami memperbaiki. Jadi, keputusan malam ini sebenarnya melepasi jangkaan kami," ujar beliau.



Pasukan regu itu ditubuhkan sekitar dua tahun lalu, tetapi kurang beraksi bersama dek pandemik Covid-19.



Penampilan pertama mereka adalah dalam Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura pada Februari lalu, yang mana mereka menang emas daripada dua pasukan bertanding. Mereka kemudian berjaya meraih gangsa dalam Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu.



Perjalanan mereka ke podium kejohanan dunia dianggap "berliku" namun "berbaloi", kata Ashikin, 22 tahun.



Ashikin, Amirah dan Iffah masing-masing mengalami kecederaan lutut, kaki dan buku lali. Mereka juga harus berjauhan daripada keluarga bagi menjalani kem latihan intensif, selama dua bulan, yang termasuk menginap di OCBC Arena, sebagai persiapan ke kejohanan dunia.



"Kami melalui jatuh bangun masing-masing bersama...Semua pengorbanan kami berbaloi.



"Kemenangan ini akan hanya memberikan kami lebih keyakinan dalam pertandingan mendatang," tambah beliau.



Menariknya, ketiga-tiga gadis ini juga pernah menentang satu sama lain dalam acara tanding tetapi kini telah mencari keserasian untuk cemerlang dalam seni regu.



Malam kelmarin, Singapura juga merangkul emas menerusi Muhammad Iqbal Abdul Rahman, yang mempertahankan kejuaraannya dalam acara seni tunggal putera. Tiga pingat gangsa juga diraih negara melalui acara seni iaitu tunggal puteri, ganda putera dan regu putera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >