ARSENAL menampilkan suatu kelainan pada jersi mereka ketika perlawanan pramusim di Singapura dengan menampilkan hasil rekaan pereka grafik tempatan, Mark Ong.

Ong telah menampilkan rekaan khas bagi menghiasi angka di jersi pemain Arsenal.

Pasukan dari London itu berada sini bagi kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dan telah beraksi di Stadium Negara kelmarin menentang Atletico Madrid di mana mereka tewas menerusi tendangan penalti 3-1.

Mereka tampil pada perlawanan tersebut dengan memakai jersi yang direka khas - menampilkan beberapa mercu tanda negara seperti Marina Bay Sands (MBS), Lapangan Terbang Changi dan Singapore Flyer.

Ong dikenali sebagai seorang 'pereka grafik kasut dan artis jalanan' yang mendapat ilham menerusi genre muzik 'punk rock' dan rekaan beliau itu memberi kelainan kepada pada jersi Arsenal itu.

Ramai penyokong kelab tersebut telah menanyakan di akaun Twitter Arsenal bagaimana mereka boleh mendapatkan jersi khas berkenaan selepas kelab itu memuatnaik gambar jersi penyerang Pierre Emerick Aubameyang di Twitter mereka. - Agensi berita.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti