Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG MUSIM BARU FORMULA 1

Rekaan kereta baru Mercedes timbulkan kontroversi

Mar 12, 2022 | 07:14 AM



LONDON: Mercedes kini terjebak dalam isu kian hangat mengenai kereta lumbanya - yang disifatkan beberapa pasukan seteru sebagai tidak memenuhi syarat - menjelang permulaan musim baru ini minggu depan.



Ini kerana kereta yang digunakan Mercedes dalam sesi ujian pramusim menampilkan perubahan desain radikal yang menjolok mata.



Pengarah urusan Formula Satu (F1), Ross Brawn, berkata desain aerodinamik di bahagian kiri dan kanan kereta lumba Mercedes adalah satu cara ekstrem memenuhi syarat yang ditetapkan.



Bos pasukan Red Bull, Christian Horner, tidak bersikap diplomatik dalam satu wawancara dengan majalah Auto Motor Und Sport dari Jerman dengan berkata:



"Mercedes telah bertindak keterlaluan... desain itu tidak selaras dengan hasrat sebalik syarat itu ditetapkan.



"Bagi kami, sayap yang digunakan itu tidak sepatutnya dibenarkan."



Menyusuli penerbitan artikel itu, Red Bull berkata hujah Horner yang digunakan adalah kurang tepat, tetapi ia kini telah mengeluarkan kenyataan berasingan untuk menjelaskan kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan bukan pandangan rasmi Red Bull.



Bercakap dengan Sky Sports, Horner berkata beliau terkejut dengan reaksi yang diterimanya berhubung komen tersebut.



"Saya tidak memberikan perhatian mendalam ke atas kereta Mercedes itu. Namun adalah ketara konsep desain kereta itu adalah berbeza. Tapi perkara itu harus dibincangkan oleh pasukan aerodinamik dan pereka."



Kereta lumba Mercedes yang baru itu telah disifatkan sebagai 'kereta tanpa sayap' kerana cara perekanya 'memadatkan' sayap mengelilingi tempat duduk pemandu.



Difahami, Horner juga telah meluahkan rasa kurang puas hati dengan cara Mercedes memasang cermin 'pandang- belakang' di atas struktur yang dianggapnya berupa sayap tambahan.



Sependapat, ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto, berkata beliau juga mempunyai beberapa persoalan mengenai desain kereta Mercedes itu.



"Tentunya, kereta itu adalah hebat dan ini tidak menghairankan kami... konsepnya berlainan.



"Kami sentiasa berpendapat cermin tidak seharusnya dipasang untuk memberi kelebihan aerodinamik. Saya prihatin, pada masa depan, semua pasukan akan menghasilkan kereta yang berupa mirip kapal angkasa," ujar beliau lagi.



Namun, ketua Mercedes, Toto Wolff, berkata beliau tidak prihatin sama sekali desain kereta pasukan itu akan mengundang masalah kerana Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah turut terlibat dalam proses rekaannya.



"Ini adalah satu inovasi dan sebarang inovasi akan mengundang perbahasan dan perbincangan," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >