Premium
Rekod dunia baru iringi Neymar ke PSG
Kelab Perancis dijangka bayar Barca $356j bagi pemain Brazil
Aug 4, 2017 | 5:30 AM
TARIKAN TERBARU DI PARIS: Bintang penyerang Brazil, Neymar, dijangka diperkenal secara rasmi di PSG esok, menyusuli pemindahannya daripada Barcelona. - Foto AFP -
PARIS: Superstar Brazil, Neymar, dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai bintang terbaru Paris Saint-Germain (SPG) seawal esok, selepas kelabnya, Barcelona, akur kalah dalam usaha meyakinkan pemain itu supaya kekal di Sepanyol.
Pemindahan itu - yang mencipta rekod dunia baru sebanyak 222 juta euro ($356 juta), iaitu lebih seganda berbanding rekod dunia lama yang dibayar Manchester Uniter untuk mendapatkan Paul Pogba daripada Juventus tahun lalu (105.2 juta euro) - akan menyaksikan Neymar dibayar gaji 865,000 euro seminggu.

