Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA - JUARA

Rekod tanpa kalah Spurs tamat di Lisbon

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



DALAM perlawanan lain, Tottenham Hotspur dikejutkan 0-2 oleh Sporting Lisbon dalam aksi kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah.



Antonio Conte mengakui pasukan kendaliannya itu menerima padah atas kesilapan sendiri dalam perlawanan tersebut.



Ketumpulan jentera serangan dan kecuaian benteng pertahanan dalam masa kecederaan menyaksikan Paulinho dan Arthur Gomes berjaya membolosi gawang Spurs dalam tempoh empat minit dalam persaingan di Stadium Jose Alvalade, Lisbon.



Richarlison, Harry Kane dan Emerson Royal gagal menewaskan penjaga gol Sporting, Antonio Adan, manakala kemarau jaringan Son Heung-min mencecah perlawanan kelapan.



Tottenham begitu hampir untuk membawa pulang satu mata dari Portugal sebelum Paulinho menanduk masuk gol pembukaan dan Gomes menembusi benteng pelawat untuk kemenangan kedua berturut-turut Sporting di peringkat kumpulan.



"Ia keputusan yang sukar. Apabila tewas anda tidak akan gembira. Saya rasa perlawanan ini tidak seimbang di babak kedua, kerana kami mampu menjaringkan gol.



"Kami cuba untuk memenangi permainan dan dalam 10 minit terakhir kami boleh melakukan dengan lebih baik.



"Malangnya mereka menjaringkan gol menerusi sepakan sudut dan kami dibolosi lagi selepas 90 minit. Ada dua atau tiga situasi di mana kami sepatutnya bertindak lebih baik," kata Conte.



Ia adalah kekalahan pertama dalam lapan perlawanan di semua pertandingan untuk Tottenham, membantutkan rentak mereka di pentas elit Eropah selepas kemenangan 2-0 ke atas Marseille pada aksi pembukaan minggu lalu.



Dalam kumpulan C, Bayern Munich berjaya menewaskan Barcelona 2-0 menerusi dua gol dalam tempoh tiga minit di babak kedua, termasuk jaringan menarik daripada Leroy Sane.



Pertahanan Bayern, Lucas Hernandez, menanduk masuk bola dari sepakan sudut untuk membuka jaringan, dan Sane memastikan kemenangan buat tuan rumah pada minit ke-54.



Bekas penyerang Manchester City itu, yang menjaringkan satu gol dan satu lagi 'assist' ketika kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan pada perlawanan pembukaan, sekali lagi menjadi wira pasukannya ketika Barca menunjukkan kebangkitan selepas babak pertama yang sengit.



Penyerang Barca, Robert Lewandowski, yang kembali buat pertama kali ke kubu pasukan lamanya, mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong Bayern ketika sesi memanaskan badan.



"Saya rasa ia perlawanan yang cukup beremosi buat Lewy - kepulangan ke kubu pasukan lamanya di mana banyak kejayaan diraih di sini," kata kapten Bayern, Manuel Neuer. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >