Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERBUKA AS

Remaja Britain langkah ke separuh akhir

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Bintang remaja tenis Britain Emma Raducanu, 18 tahun, menjadi pemain pertama untuk mara ke separuh akhir perseorangan wanita Terbuka AS selepas menewaskan juara Sukan Olimpik Tokyo Belinda Bencic 6-3, 6-4 kelmarin.



Pemain nombor 150 dunia Raducanu, yang merupakan hanya pemain kelayakan keempat untuk melangkah ke separuh akhir Grand Slam, menjadikan pemain pilihan ke-11 kejohanan dari Switzerland itu sebagai mangsa dalam kerjaya mudanya ketika beliau mencipta sejarah di gelanggang keras (hard court) New York.



"Ia benar-benar perlawanan yang sukar," kata Raducanu. "Saya benar-benar gembira dapat mengatasinya."



Raducanu berdepan Maria Sakkari dalam separuh akhir semalam selepas warga Greece itu mengalahkan pemain pilihan keempat kejohanan dari Republik Czech, Karolina Pliskova.



Raducanu, yang akan menjadi pemain kelayakan pertama dalam sejarah untuk mara ke final Grand Slam, membuat penampilan sulungnya dalam Grand Slam tahun ini di Wimbledon dan terkandas di pusingan keempat.



Kejuaraan di Flushing Meadows bermakna beliau akan menjadi wanita British pertama untuk merangkul trofi Grand Slam sejak Virginia Wade di Wimbledon pada 1977 dan wanita British pertama untuk menang Terbuka AS sejak Wade pada 1968.



"Untuk mempunyai ramai pemain muda bermain dengan cemerlang, ia menunjukkan betapa kuat generasi seterusnya," kata Raducanu.



"Saya hanya di sini menjaga apa yang boleh saya kawal dan ia adalah perjalanan saya sendiri pada akhirnya." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >