Remaja Britain langkah ke suku akhir
Sep 8, 2021 | 5:30 AM
- Foto EPA-EFE -
NEW YORK: Mengatasi jangkaan, pemain tenis remaja dari Britain Emma Raducau telah melangkah ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat, kali pertama beliau mara ke peringkat itu dalam kejohanan Grand Slam.
Raducanu, 18 tahun, menewaskan peserta tuan rumah Shelby Rogers dalam straight set atau dua set berturut-turut 6-2 6-1.
Itu adalah set ke-10 dan ke-11 yang dimenanginya di Flushing Meadows, di mana beliau masih belum lagi tewas dalam sebarang set.
Beliau kini dijadual bertemu pemenang pingat emas Olimpik Tokyo Belinda Bencic di suku akhir esok. - Agensi berita.

