Remaja UK Keely Hodgkinson juarai larian 800m wanita
LONDON: Atlit remaja Keely Hodgkinson semakin memperkukuh reputasinya dengan memenangi pingat emas dalam perlumbaan lari 800 meter semasa mewakili Britain di Kejohanan Dalaman Eropah di Arena Torun di Torun, Poland, kelmarin.
Pelari asal Wigan itu, yang akan menyambut ulang tahunnya yang hanya ke -19 lusa, mendahului sejak awal perlumbaan dan berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pelari Polond Joanna Jozwik, untuk memenangi perlumbaan dengan masa 2 minit 3.88 saat.
Ini merupakan kemenangan kedua Hodgkinson dalam kejohanan utama, setelah memenangi mahkota nasional perlumbaan luar tahun lalu
"Saya tidak terlalu memikirkan soal tekanan kerana saya hanya berusia 19 tahun," ujar Hodgkinson sambil tertawa.
"Perjalanan saya masih jauh, banyak yang perlu saya belajar. Jadi keadaan tenang ini saya bawa ke perlumbaan saya," tambah beliau.
Hodgkinson dilatih oleh Trevor Painter, yang isterinya, Jenny Meadows, merupapan juara dunia 2011 dalam perlumbaan 800 meter.
Meadows berperanan sebagai mentor Hodgkinson.
"Mereka percaya akan kebolehan saya, dengan naluri saya... dan menyokong kemajuan saya sebagai atlit.
"Dan saya juga boleh belajar daripada pengalaman Jenny," ujar Hodgkinson. - Reuters.

