Premium
Rembatan voli Mahrez beri kemenangan kepada Leicester
Oct 20, 2016 | 5:30 AM

WIRA PASUKAN: Sambil melompat tinggi wira pasukan dan pemain penyerang midfield Leicester City, Riyad Mahrez, bertindak mengelak daripada terkaman pemain FC Copenhagen, William Kvist. Gol Mahrez membantu Leicester mengalahkan FC Copenhagen 1-0 di Stadium King Power, England, kelmarin. - Foto REUTERS -
LEICESTER (England): Riyad Mahrez menyumbatkan gol bagi memberikan Leicester City kemenangan ketiganya berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila juara Liga Perdana England itu menewaskan FC Copenhagen 1-0 kelmarin.
Rembatan voli Mahrez pada minit ke-40 di Stadium King Power itu membolehkan pasukan pimpinan Claudio Ranieri tersebut kelebihan lima mata di tangga teratas Kumpulan G dan mereka masih belum melepaskan sebarang gol dalam pertandingan ini.

