Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK

Renang: Pemilihan buat ramai tidak puas hati

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



ISU berkaitan pemilihan Olimpik timbul dalam Persatuan Renang Singapura (SSA) melibatkan wakil renang wanita negara untuk Sukan Olimpik Tokyo dan telah menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati.



Jumaat lalu, SSA mengumumkan bahawa Quah Ting Wen akan bersaing dalam Olimpik ketiganya berdasarkan markah dari badan pentadbir akuatik dunia, Fina.



Namun dua hari kemudian, selepas memperuntukkan semula slotnya, Fina juga telah menghantar tawaran 'B' cut kepada perenang gaya bebas 1,500 meter Gan Ching Hwee melalui Majlis Olimpik Nasional Singapura.



Atlit yang memenuhi Kelayakan Masa Olimpik (OQT, juga dikenali sebagai 'A' cut) secara automatik layak ke Olimpik, sementara mereka yang menenuhi kriteria Masa Terpilih Olimpik (OST, juga dikenali sebagai 'B' cut) boleh mendapat tempat jika quota 878 perenang tidak dipenuhi.



Dasar pemilihan SSA menetapkan bahawa "pertimbangan universal Fina dan tawaran emputan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) akan hanya dilakukan jika tiada perenang yang memenuhi OQT secara automatik and tiada perenang lain dijemput melalui OST."



Berdasarkan ini, jawatankuasa pemilihan SSA - yang merangkumi pengarah teknikal SSA Sonya Porter, ketua jurulatih nasional Steohan Widmer, ketua jurulatih pusat latihan nasional Gary Tan, Timbalan-Presiden SSA Joscelin Yeo dan penolong setiausaha agung SSA Kelvin Yew - memilih untuk menghantar Gan mengambil bahagian dalam Olimpik.



Namun, selepas permohonan dari Quah, jawatankuasa permohonan - yang merangkumi presiden SSA Lee Kok Choy, setiausaha agung Bervyn Lee dan Ho Mun Wai - menukar keputusan itu dan memberi Quah peluang untuk ke Tokyo.



Untuk itu, perenang 28 tahun itu akan menyertai adiknya, Quah Zheng Wen, 24 tahun, juara Olimpik Joseph Schooling, 26 tahun, dan perenang laut terbuka Chantal Liew, 22 tahun, untuk membentuk pasukan renang Singapura di Tokyo.



Bervyn Lee menerangkan semalam bahawa permohonan Quah berjaya selepas jawatankuasa itu mengambil kira urutan keutamaan Fina, yang menetapkan tempat universal diutamakan berbanding tawaran 'B' cut yang diperuntuk semula.



Apabila dihubungi, Quah berkata: "Saya tak tahu nak rasa macam mana, saya penat. Ini tempoh beberapa hari yang penuh ketidaktentuan, dan saya sedang hadapinya sebaik mungkin."



Tambahnya, beliau berasa kecewa untuk Gan dan berharap situasi seperti ini boleh dielakkan pada masa depan dengan kriteria kelayakan Fina yang lebih diselaraskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >