Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Renang: Quah Zheng Wen terlepas kelayakan ke separuh akhir

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Perenang Singapura Quah Zheng Wen tidak akan dapat mengulangi persembahan separuh akhir beliau di Rio 2016 setelah terlepas melayakkan diri ke separuh akhir kupu-kupu 200 meter lelaki di Pusat Akuatik Tokyo semalam.



Quah, 24 tahun, menduduki tempat ke-22 secara keseluruhan daripada 38 pesaing, mencatat masa 1:56.42 saat dalam acara itu.



Beliau hanya beberapa saat kurang dari masa terbaik peribadinya, 1:56.01 saat yang dicatat di Sukan Olimpik Rio 2016 yang membawa beliau ke separuh akhir.



Hanya 16 pesaing terbaik dengan masa yang terpantas akan mara ke separuh akhir.



Quah mendahului 150 meter pertama dalam pusingan saringan dua semalam sebelum hilang kedudukan itu pada saat-saat akhir perlumbaan kepada pemenang saringan dari Norway Tomoe Hvas yang mencatat masa 1:56.30 saat.



Brendan Hyland dari Ireland menduduki tempat ketiga (1:57.09 saat).



Kelmarin, Quah terlepas ke separuh akhir kuak lentang 100 meter lelaki selepas menduduki tempat ke-22 secara keseluruhan dalam pusingan saringan.



Beliau mencatat masa 53.94 saat, beberapa saat kurang daripada rekod nasionalnya, 53.79 saat.



Quah akan bersaing dalam satu lagi acara di Tokyo, kupu-kupu 100 meter, dan akan berlumba dalam saringan bersama rakan sepasukan dan juara bertahan Joseph Schooling lusa.



Schooling akan memulakan kempen Sukan Olimpiknya hari ini dalam saringan gaya bebas 100 meter.



Kakak Quah, Ting Wen, pula akan berlumba dalam saringan gaya bebas 100 meter dan 50 meter yang masing-masing berlangsung esok dan Jumaat ini.



Dalam acara renang lain semalam, Caeleb Dressel memenangi pingat emas pertamanya di Sukan Olimpik Tokyo, membimbing Amerika Syarikat (AS) mencapai kejayaan dalam gaya bebas berganti 4 x 100 meter lelaki.



Pasukan AS yang terdiri daripada Dressel, Blake Pieroni, Bowen Becker dan Zach Apple mendahului kedudukan dari permulaan hingga akhir, mencatat masa kemenangan 3 mini 08.97 saat.



Italy meraih pingat perak dalam masa 3:10.11 saat dan Australia membawa pulang pingat gangsa dalam masa 3:10.22 saat.



Perenang Australia Ariarne Titmus, dalam persembahan yang menakjubkan, mengejutkan juara bertahan dari AS, Katie Ledecky, dalam final gaya bebas 400 meter wanita.



Titmus menamatkan perlumbaan dalam 3 minit 56.69 saat dan Ledecky mencatat masa 3:47.36 saat. Li Bingjie dari China menduduki tempat ketiga dalam masa 4:01.08 saat.



Ledecky, hanya 24 tahun, adalah pemenang lima pingat emas Sukan Olimpik pada 2012 dan 2016, tetapi pencapaian hebat Ledecky gagal menghalang Titmus daripada muncul juara.



Ia merupakan pingat Sukan Olimpik pertama bagi perenang berusia 20 tahun dari Tasmania itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >