Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Renang: Schooling catat rekod mengejut dalam kuak lentang, bantu pasukan berganti-ganti menang perak

Nov 18, 2018 | 02:30 PM



 





Juara Olimpik Joseph Schooling menunjukkan kepada hampir 3,000 penonton di Piala Dunia Fina di  Pusat Akuatik OCBC pada Sabtu (17 Nov), bahawa keupayaannya melebihi gaya kupu-kupu selepas beliau membantu pasukan berganti-ganti nasional memenangi pingat perak dalam acara medley campuran 4x50 meter.



Schooling, 23 tahun, bukan sahaja berlumba dalam gaya kuak lentang, malah mencatat rekod nasional (jarak-pendek) bagi gaya renang itu, dengan masa 24.08 saat, memecahkan rekod milik Quah Zheng Wen (24.56 saat) yang dicatatkan pada 2014.



Pasukan nasional yang dibentuk Schooling, Roanne Ho, Teong Tzen Wei dan Amanda Lim akhirnya memenangi pingat perak dalam masa 1 minit 42.21 saat (1:42.21), di belakah pasukan Australia (Minna Atherton, Matthew Wilson, Emily Seebohm dan Kyle Chalmers), yang mencatat masa 1:39.69.



Schooling turut memenangi pingat gangsa dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu dan mencatat rekod nasional (22.40 saat) bagi acara itu.



Beliau dijadual berangkat ke Amerika Syarikat pada Rabu nanti, bagi melengkapkan pengajiannya di Universiti Texas di Austin, sebelum kembali ke Singapura pada Februari untuk memulakan latihan bagi Olimpik Tokyo 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >