Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Republik Czech mara ke suku akhir

Jun 29, 2021 | 5:30 AM
JAMIN TEMPAT: Pemain Republik Czech, Patrik Schick jaringkan gol kedua pasukan dalam kemenangan 2-0 ke atas Belanda di Puskas Arena, Budapest. - Foto EPA-EFE
JAMIN TEMPAT: Pemain Republik Czech, Patrik Schick jaringkan gol kedua pasukan dalam kemenangan 2-0 ke atas Belanda di Puskas Arena, Budapest. - Foto EPA-EFE -

BUDAPEST: Republik Czech mencatat kejutan terbesar di Kejohanan Eropah (Euro) 2020 setakat ini selepas ia menewaskan Belanda untuk menempah tempat di suku akhir.

Ini selepas pemain pertahanan muda Matthijs de Ligt diperintah keluar padang dan menyusuli itu, Czech menjaringkan gol-gol kemenangan.

Ligt telah menggunakan tangan untuk menyekat Patrik Schick daripada menjaringkan gol - yang dipastikan selepas pengadil berunding dengan penolong pengadil maya (VAR).

Menyusuli itu, Tomas Holes menjaringkan gol pembuka tirai perlawanan, sebelum Schick menggandakan jaringan dan menjamin kemenangan bagi pasukannya.

Namun, sebelum itu, Belanda yang beraksi lebih 30 minit dengan 10 pemain boleh menjaringkan gol.

Donyell Malen gagal menjaringkan gol walaupun berada dalam posisi satu lawan satu dengan penjaga gawang Czech Tomas Vaclik.

Akhirnya, Czech, yang menduduki ranking ke-40 di dunia - 24 tempat di belakang Belanda - membisukan penyokong 'Jingga' di Arena Puskas menerusi dua gol separuh masa kedua.

Ia menempah tempat di suku akhir pada 3 Julai, di mana Denmark menanti.

Kekalahan itu adalah yang pertama di pertandingan ini, di mana Belanda telah menjaringkan lapan gol - yang paling banyak di peringkat kumpulan.

Dua 'senjata' di bek kiri dan kanan Denzel Dumfries dan Patrick van Aanholt antara sebab ia begitu mengancam apabila menyerang dan kededua pemain itu menyebabkan masalah bagi pemain Czech di awal permainan.

Namun, Czech Republic berjaya bertahan dan melalui Vladimir Coufal berjaya menembusi benteng Belanda beberapa kali.

Dengan kededua pasukan kelihatan mengancam di barisan depan tetapi rapuh di benteng, perlawanan seimbang, sehingga Ligt menyentuh bola dengan tangannya, memaksa pengadil melayangkan kad merah kepadanya.

Insiden itu, yang berlaku pada minit ke-55, terbukti mengubah corak perlawanan dan Ligt menanggung sebahagian besar tanggungjawab mengapa Belanda, yang dianggap antara pasukan pilihan kali ini, kini terpaksa pulang terlalu awal dari kejohanan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg