SPH Logo mobile
Langgan|

Ribuan tonton latihan Liverpool

Ribuan tonton latihan Liverpool

Jul 15, 2022 | 5:30 AM

Ribuan tonton latihan Liverpool

SIAP SEDIA: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memberi arahan kepada pemainnya dalam satu latihan terbuka di Stadium Negara malam semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM
SIAP SEDIA: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memberi arahan kepada pemainnya dalam satu latihan terbuka di Stadium Negara malam semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM -

RIBUAN penyokong dipukau oleh aksi hebat bintang-bintang pasukan Liverpool, meskipun hanya dalam sesi latihan, yang diadakan di Stadium Negara malam semalam.

Selama satu setengah jam, peminat berpeluang menonton ikon bola sepak seperti Mohamed Salah - yang mendapat jeritan terkuat daripada peminat The Reds - Virgil Van Dijk, Jordan Henderson, Luis Diaz dan Trent Alexander-Arnold bertukar-tukar hantaran bola sambil juga mencari keserasian dalam permainan sebagai sepasukan dengan beberapa muka baru.

Pemain baru itu, Darwin Nunez dan Fabio Carvalho turut mendapat sambutan meriah oleh para peminat.

Liverpool berada di kota Singa sejak kelmarin untuk menentang satu lagi pasukan Liga Perdana England, Crystal Palace, dalam Trofi Singapura Standard Chartered 2022 malam ini.

Perlawanan itu adalah sebahagian jelajah pramusim Liverpool, naib johan musim lalu, menjelang musim terbaru liga pada Ogos ini.

Liverpool sebelumnya bermain di Bangkok, Thailand, yang mana mereka tewas 0-4 kepada Manchester United pada Selasa lalu dan kemudian akan ke Jerman untuk menentang RB Leipzig sebelum berdepan Red Bull Salzburg di Austria.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg