Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMERGIAN PELE

Ribuan ucap selamat tinggal pada Pele

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



SANTOS: Ribuan orang di Brazil berdiri berjam-jam di jalan raya semalam bagi mengucapkan selamat tinggal kepada ikon sukan dan legenda bola sepak Pele sepanjang perjalanan ke Perkuburan Memorial Santos di Santos, kota beliau memulakan kerjaya profesionalnya.



Awal dari itu, orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir kepada Pele di Stadium Urbano Caldeira, tempat mayatnya dileta selama 24 jam sebelum pengebumian.



Keranda Pele, yang beragama Katolik, diselubungi bendera Brazil dan diletak di atas kereta bomba bagi perjalanan ke tanah perkuburan untuk pengebumian privet keluarga. Orang ramai mengerumuni kereta bomba itu, yang bergerak perlahan dan turut melewati rumah yang masih dihuni ibu Pele, Celeste Arantes, 100 tahun.



Pele, pemenang Piala Dunia tiga kali, meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 82 tahun. Beliau, yang dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia, menerima rawatan barah usus sejak 2021.



Pemerintah Brazil mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari dan presiden baru Luiz Inacio Lula da Silva turut ke Santos untuk memberi penghormatan terakhir beliau.



Menurut kelab bola sepak Santos FC, lebih 230,000 orang pergi ke stadium untuk memberi penghormatan terakhir mereka. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >