Ridhwan buru pencapaian lebih besar

 

 

Laluan ke arah kejayaan bagi ramai atlit bermula dengan impian - untuk menjadi juara dunia, pesaing nombor satu, yang terunggul.

Namun, laluan kerjaya petinju Muhamad Ridhwan Ahmad berlainan sedikit.

Menurut petinju berusia 29 tahun itu, beliau memulakan kerjaya tanpa menjangka sebarang pencapain di puncak sukan itu.

“Saya tidak pernah menjangka akan mewakili pasukan nasional, tidak terfikir bertanding di Sukan SEA, tidak sangka akan menjadi profesional,” kata Ridhwan, yang setakat ini telah melalui sembilan perlawanan profesional, dengan tujuh berkesudahan dengan KO atau ‘knock-out’.

“Orang selalu berkata kita perlu mempunya impian dan benar-benar yakin boleh mencapai impian itu sebelum mengecapinya. Tapi saya sentiasa yakin bahawa anda hanya perlu berusaha gigih, melakukan yang terbaik dan selanjutnya, berserah kepada Tuhan,” tambahnya.

Tekad Ridhwan untuk mencapai yang terbaik bagi dirinya itu membantunya memenangi gelaran super-featherweight (58.9 kilogram) Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) bulan lalu - gelaran paling berprestij pernah dimenanginya sejak menjadi profesional.

Ridhwan menewaskan petinju dari Namibia Nataneal Sebastian untuk memenangi perlawanan itu dengan keputusan meyeluruh, selepas 12 pusingan.

Pencapaian Ridhwan itu membantunya memenangi Anugerah Bintang Bulanan The Straits Times bagi Oktober.

Dianjurkan sebagai lanjutan Anugerah Tahunan Atlit Terbaik ST yang dilancarkan pada 2008, anugerag itu turut disokong oleh minuman 100Plus dari F&N.

Editor sukan ST Lee Yulin berkata: “Ridhwan menunjukkan kecekalan untuk mengatasi seteru yang gagah dan bertekad untuk menang, selama 12 pusingan penuh.

“Sifat ini menjadikan Ridhwan juara dan memberinya permulaan yang baik sedang beliau mencapai pencapaian lain dalam kerjayanya,” tambah Lee.

 Tirai musim ini telah berlabuh bagi Ridhwan, tetapi beliau akan memulakan tahun depan dengan mempertahankan gelarannya dalam pertemuan dengna petinju dari Filipina yang berkedudukan sekurang-kurangnya di tangga 30 di ranking dunia.

Ridhwan, yang memenangi gelaran super featherweight Pertubuhan Tinju Sejagat (UBO) Mei lalu, enggan mendedahkan identiti petinju itu, tetapi berkata beliau menjangka persaingan hebat.

“Beliau petinju yang gagah dan suka bergasak… lantaran itu, kita perlu menggunakan kemahiran dan teknik dalam gelanggang untuk menandinginnya,” kata Ridhwan.

Jika beliau memenangi perlawanan itu, Ridhwan, yang memiliki dua pingat gangsa Sukan SEA bercadang bertanding dalam kelas lebih ringan - featherweight (57 kg) supaya berpeluang bersaing untuk gelaran featherweigh IBO April nanti.

Gelaran yang menjadi sasaranya itu dua tangga di atas gelaran yang kini disandangnya.

Ridhwan, yang yakin beliau masih boleh bersaing dalam kategori lebih ringan itu berharap perlawanan itu boleh diadakan di Singapura.

“Saya ingin bersaing bagi gelaran itu di depan warga Singapura dan memberi mereka sesuatu untuk dibanggakan,” ujarnya.