Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ridhwan geram, kecewa, diabai promoter

May 30, 2019 | 11:13 AM



PERSIAPAN petinju profesional Muhamad Ridhwan Ahmad bagi perlawanannya bulan depan ini dirundung kekecewaan.



Beliau bukan sahaja telah berpisah dengan pengurusnya Scott O’Farell yang kini berada di Afrika.



Malah, kata Ridhwan, beliau juga masih belum menerima bayaran berjumlah lima angka daripada promoternya Ringstar Asia, bagi perlawanan dan kegiatan pemasaran yang ditelah dilakukannya.



“Saya kecewa dan geram... perkara seperti ini sedikit sebanyak menjejas latihan saya, periuk nasi keluarga saya.



“Tapi, saya hanya mampu teruskan rundingan (dengan promoter) dan menuntut hak saya. Lebih dari itu, saya akan terus berlatih supaya bersedia masuk gelanggaang apabila tiba masanya,” kata Ridhwan, sebelum mengeluh panjang. Beliau telah menjadi petinju profesinal sejak akhir 2015.



Percubaan akhbar ini untuk menghubungi Ringstar Asia untuk mendapatkan sudut pandang mereka tentang perkara ini tidak berjaya sehingga waktu cetak.



Pesanan dan soalan yang ditinggalkan di laman Facebook Ringstar Asia tidak dijawab.



Apabila cuba dihubungi menerusi telefon, individu yang menjawab panggilan berkata beliau tidak bekerja dengan Ringstar dan tidak tahu menahu tentang kes Ridhwan.



Menurut Ridhwan, walau bekas pengurusnya O’Farrell telah meninggalkan Ringstar Asia – syarikat promoter sukan yang dimulakannya sendiri – sekitar sebulan lalu, beliau baru sahaja mengikat kontrak kedua selama tiga tahun dengan Ringstar Asia.



Kontrak pertamanya selama dua tahun telah luput dan beliau mengikat kontrak baru selepas didesak oleh pihak pengurusan, kata Ridhwan.



Pos-pos media sosial O’Farrell – yang telah menubuhkan syarikat promoter tinju baru Global Boxing Stars – menunjukkan beliau sedang membuat persiapan bagi acara tinju pertama di Botswana, yang dijadual berlansung pada 22 Julai.



Menurut Ridhwan, O’Farrell telah mempelawanya menerusi WhatsApp untuk menyertainya di Afrika dan Amerika Syarikat, tetapi beliau akur berasa tawar hati dan amat berwaspada untuk menerima tawaran itu tanpa sebarang tawaran rasmi. 



Masalah yang dialami Ridhwan dengan Ringstar Asia mungkin bermula lebih awal.



Mac lalu, Ridhwan menerbitkan pos di media sosial untuk mengumumkan bahawa beliau telah bersar, selepas mengalami masalah hubungan dengan Ringstar.



Namun apabila dihubungi akhbar ini, kededua Ridhwan dan O’Farrell berkata perselisihan faham itu ‘tidak serius’ dan mereka telah pun membuat rancangan bagi masa hadapan.



Ekoran insiden itu, perlawanan Ridhwan dengan Paulus Ambunda dari Namibia ditunda buat kali kedua sehingga 19 Julai dan kini masih menjadi tanda tanya.



Perlawanan itu diganti perlawanan dengan Cris Leon dari Filipina pada Mac lalu, yang berakhir dengan kekalahan bagi Ridhwan menerusi kiraan mata. 



Buat masa ini, Ridhwan sedang giat melakukan persiapan bagi perlawanan dengan Noldi Manakane dari Ambon, Indonesia pada 22 Jun ini, di acara Boxing Evolution yang dianjurkan oleh Fight Pro-Motion, sebuah syarikat yang menganjurkan acara lawan di Singapura.

Ini termasuk berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk berlatih dengan seorang jurulatih dari Russia Alexey Volodin yang berpangkalan di sana.



Semua perbelanjaannya, termasuk tambang dan penginapan ditampung sendiri.



Malah, beliau juga membiayai separuh daripada kos sekitar AS$5,000 ($6,900) untuk menganjurkan perlawanan itu di Singapura.



Namun bagi Ridhwan, yang menguruskan gimnasium Legends Fight Sport yang dimiliki bersama dengan beberapa rakan kongsi, pengorbanan wang dan masa itu adalah wajar supaya beliau terus bertahan sebagai petinju profesional.



“Saya tahu ada banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui sebagai petinju profesional... tak sangka, bagi saya ia semua bak datang serentak.



“Tapi, apa lagi yang saya boleh lakukan selain berlatih untuk meneruskan kerjaya saya?”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >