SPH Logo mobile
Langgan|

Ridhwan kembali dengan kemenangan

Ridhwan kembali dengan kemenangan

Jun 23, 2019 | 6:27 PM

Ridhwan kembali dengan kemenangan

20cb5ab7-4580-4e75-90d0-0270c39931a9
-

PETINJU negara, Muhamad Ridhwan, kembali menjadi juara semalam selepas menewaskan petinju kelas bantam nombor dua Indonesia, Noldi Manakane, dalam pertarungan enam pusingan dalam keputusan sebulat suara.

Tiga pengadil memberi keputusan 60-54, 60-55, dan 59-55 yang memihak kepada jejaka berusia 31 tahun itu terhadap petinju veteran, Manakane, 35 tahun, di acara KBX Boxing Evolution di Joo Chiat.

Ridhwan mengalami kekalahan menerusi keputusan 'split' dalam dua pertarungan terakhirnya - satu-satunya kelemahan dalam rekod profesional 12 kemenangannya.

Dua pertarungan itu ialah kejuaraan 'super bantam' Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) menentang Paulus Ambunda dari Namibia pada September lalu dan pertarungan dengan Cris Leon dari Filipina di Manila pada Mac lalu.

"Saya menanti-nantikan pertarungan seterusnya, yang saya harap berlaku dalam sekitar dua bulan lagi," kata beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg