TUNJUK HEBAT: Ridhwan (gambar bawah) menumbangkan pencabarnya, Fadhili Majiha, semasa memenangi kejuaraan kelas 'super feather' Pertubuhan Tinju Universal (UBO) pada Mei lalu. - Foto fail -
PELUANG KEEMASAN: Ridhwan (kanan) bergambar dengan Jeff Mayweather (tengah), bekas juara dunia yang juga pak cik kepada juara tinju yang tidak pernah kalah, Floyd Mayweather. Di kiri ialah jurulatih peribadi Ridhwan, Rey Caitom. - Foto RINGSTAR MANAGEMENT -

BELIAU masih tidak percaya diberi peluang keemasan ini - berlatih di salah sebuah gim masyhur di Amerika Syarikat, Kelab Tinju Mayweather.
Tetapi, juara tinju dunia sulung Singapura, Muhamad Ridhwan Ahmad, kini gigih dan bersemangat menimba dan menyerap pelbagai ilmu sejak menjejakkan kakinya di kelab tinju di Las Vegas itu awal minggu lalu - sebahagian daripada persiapannya sebelum menghadapi pertarungan merebut mahkota kejuaraan Antara Benua Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) di acara The Roar of Singapore III pada 20 Oktober nanti.