Rindu keluarga, tetapi Aisyah enggan tumpuan terganggu
Aisyah tempohi Ramadan di London, pergiat latihan menjelang Rio 2016
Jun 12, 2016 | 05:30 AM
KURANG 20 hari sebelum perlumbaan yang mengubah hidupnya bermula April lalu, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee membuang loket lima gegelang Olimpik yang sentiasa terkalung di lehernya.
Beliau mendapat tempat ketiga dalam Regatta Edward Trickett di Sydney - perlumbaan terakhir sebelum kelayakan Olimpik Asia di Korea Selatan.