LIGA PERDANA ENGLAND

Rodgers akur perlu bincang dengan Sterling berhubung gambar 'khayal'

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, akur beliau perlu mengadakan perbincangan dengan Raheem Sterling selepas sebuah gambar menunjukkan pemain England itu dalam keadaan khayal disiarkan di Internet.

Akhbar The Sun menerbitkan gambar itu - yang menunjukkan Sterling menghidu nitrus oksida, atau gas ketawa - sejenis campuran kimia yang dibenarkan di United Kingdom.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan