Topik diikuti
Pergi ke BHkuRodgers yakin kekal di Liverpool biarpun tanpa piala bagi musim ketiga
Apr 25, 2015 | 5:30 AM
Rodgers yakin kekal di Liverpool biarpun tanpa piala bagi musim ketiga
LIVERPOOL: Brendan Rodgers yakin tiada pengurus yang lebih baik untuk memenangi gelaran bagi Liverpool meskipun menghadapi kemungkinan musim ketiga berturut-turut tanpa sebarang piala.
Liverpool tewas pada separuh akhir Piala FA pada Ahad lalu, yang bererti Rodgers akan menjadi pengurus pertama Liverpool sejak Phil Taylor pada 1959 mengharungi tiga musim berturut-turut tanpa sebarang gelaran utama.