Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Rogers di puncak, Lampard makin bimbang

Leicester 2 Chelsea 0
Jan 21, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Leicester City melompat ke puncak Liga Perdana dan menambah tekanan pada pengurus Chelsea Frank Lampard dengan kemenangan memberangsangkan 2-0 di Stadium King Power kelmarin.



Foxes tahu kemenangan akan menyaksikan mereka mengatasi Manchester United dan mereka tidak membuang masa apabila Wilfred Ndidi meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit keenam hasil golnya dari jarak jauh.



Chelsea jarang mengancam, walaupun mereka awalnya dihadiahkan penalti pada babak pertama apabila Christian Pulisic dikasari Jonny Evans, tetapi kemudian ditolak video penolong pengadil (VAR).



Tayangan VAR mengesahkan kekasaran itu berlaku di luar kotak penalti.



Tidak lama kemudian, kesengsaraan Lampard bertambah ketika Leicester menembusi benteng pertahanan Chelsea untuk menjaringkan gol kedua mereka empat minit sebelum waktu rehat.



James Maddison membolosi gawang penjaga gol Chelsea Edouard Mendy dengan jaringan 'half-volley' yang tenang setelah hantaran Marc Albrighton 'menemuinya'.



Chelsea gagal memperbaiki persembahan selepas waktu rehat dengan Leicester yang mencipta peluang jaringan lebih baik apabila tandukan James Justin gagal menemui sasaran ketika beliau tidak diawasi dan Mendy menyelamatkan percubaan Youri Tielemans.



Mengulas persembahan anak buahnya, pengurus Leicester Brendan Rodgers memberitahu BBC Sport: "Anda lihat semangat sebenar pasukan malam ini. Mereka sangat mengancam ketika menyerang.



"Persembahan dan kematangan pasukan memuaskan saya. Saya tahu kami menentang pasukan yang berbakat dan permainan kami harus dilaksanakan dengan betul."



Leicester kini satu mata di depan Manchester United dan sudah bermain lebih satu perlawanan sementara Chelsea menduduki tangga kelapan, lima mata daripada menghuni tangga kelayakan Liga Juara-Juara.



Kecewa dengan pasukannya, Lampard mengatakan "terdapat beberapa pemain yang tidak bermain sebaik yang sepatutnya".



"Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik. Mereka lebih tajam daripada kami, berlari lebih daripada kami dan mereka kelihatan dalam prestasi baik - kami kelihatan teruk," ulas Lampard.



Kekalahan kelmarin adalah yang kelima dalam lapan perlawanan buat Chelsea dan tempoh persembahan hambar ini, menurut Lampard, "jelas membimbangkan".



"Kami berada di kedudukan baik pada Disember, tangga kedua liga dan dua mata daripada tangga teratas liga. Mungkin timbul sikap puas hati. Hanya satu cara untuk keluar daripada kemerosotan ini iaitu kerja keras," tambahnya.



Hierarki Chelsea memang diketahui tidak sabar menunggu kemampuan pengurus mereka dan persoalan semakin meningkat mengenai sama ada mantan pemain midfield popular kelab itu adalah orang yang tepat menduduki kerusi panas Blues. - Agensi berita




"Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik. Mereka lebih tajam daripada kami, berlari lebih daripada kami dan mereka kelihatan dalam prestasi baik - kami kelihatan teruk.



...Kami berada di kedudukan baik pada Disember, tangga kedua liga dan dua mata daripada tangga teratas liga. Mungkin timbul sikap puas hati. Hanya satu cara untuk keluar daripada kemerosotan ini iaitu kerja keras.''
- Frank Lampard, Pengurus Chelsea




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >