Premium
Roma raikan 'keajaiban' singkirkan Barcelona
Apr 12, 2018 | 5:30 AM
KEMENANGAN LUAR DUGAAN: Gol kemenangan jaringan pemain Roma, Kostas Manolas (tengah), mencetuskan perayaan besar-besaran di kalangan penyokong pasukan tersebut selepas kelab Italy itu menghumban Barcelona daripada Liga Juara-Juara. - Foto AFP -
ROME: Desingan hon kereta tanpa hentihenti, kibaran bendera serta nyanyian penyokongnya yang kegembiraan mengisi setiap ruang sepanjang jalan raya di Rome menyusuli 'keajaiban' melihat pasukan bola sepak mereka menyingkirkan Barcelona daripada Liga Juara-Juara dinihari semalam.
Kemenangan hebat 3-0 di Stadio Olimpico menyaksikan Roma bangkit daripada kekalahan 1-4 dalam pertemuan pertama di Nou Camp minggu lalu untuk mencatatkan keputusan agregat 4-4 - membuka peluang kepada kelab Italy itu mara ke separuh akhir kejohanan elit Eropah ini melalui kelebihan gol di padang lawan.

