Premium
Ronaldinho lepas daripada tahanan guna pasport palsu
Pendakwa yakin bekas bintang Brazil tidak terlibat hasilkan pasport palsu Paraguay, dibebaskan hakim bersama abang bersyarat
Aug 26, 2020 | 5:30 AM
BEBAS BERSYARAT: Ronaldinho tiba di Mahkamah Keadilan Agung Paraguay kelmarin. Pendakwa mengesyaki abangnya, Roberto, tahu pasport yang mereka gunakan palsu. Hakim berkata beliau tidak melepaskan mereka daripada tuduhan, sebaliknya meluluskan permohonan melepaskan mereka sebagai langkah "menangguh prosedur undang-undang". - Foto REUTERS -
ASUNCION: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, kelmarin mendapat keizinan hakim di Paraguay untuk dilepaskan daripada tahanan berhubung tuduhan menggunakan pasport palsu.
Hakim Gustavo Amarilla melepaskan juga abang Ronaldinho, Roberto de Assis Moreira, yang turut ditahan selama sebulan di penjara dan empat bulan dalam tahanan di rumah di sebuah hotel di Asuncion, ibu kota Paraguay, atas tuduhan sama.

