Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Ronaldo cipta sejarah atasi angka 800 gol bola sepak profesional, bantu MU menang

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Cristiano Ronaldo mengatasi angka 800 gol buat kelab dan negaranya selepas menyumbatkan dua gol bagi membantu Manchester United menewaskan Arsenal 3-2 kelmarin untuk merapatkan jurang bersama kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England (EPL) kepada tiga mata.



Ketika pengurus sementara baru United, Ralf Rangnick, menyaksikan saingan daripada tempat duduk penonton, warga Jerman itu disajikan sedikit gambaran bakat yang akan bermain di bawahnya selain masalah yang perlu diselesaikan di Old Trafford.



Arsenal membuka tirai jaringan menerusi percubaan Emile Smith Rowe yang mengatasi penjaga gol United, David De Gea, sebelum Bruno Fernandes menyamakan kedudukan.



Gol ke-800 Ronaldo kemudian meletakkan United di depan namun dengan pantas kedudukan kembali seimbang melalui gol pemain Arsenal, Martin Odegaard.



Bagaimanapun pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu meledak gol keduanya hasil sepakan penalti 20 minit sebelum tamat.



Keputusan itu bermakna United United hanya tiga mata di belakang penghuni tempat keempat Arsenal selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu perlawanan seri di bawah Michael Carrick, yang mengendalikan pasukan buat sementara selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat minggu lalu.



Rangnick kini mengambil alih tugas pengurus sementara Manchester United daripada Carrick sehingga hujung musim ini.



Dua gol Ronaldo kelmarin menjadikan kapten Portugal itu pemain pemain pertama dalam sejarah untuk mencapai 800 gol sepanjang kerjaya tahap tinggi.



Ronaldo, 36 tahun, menjaringkan 130 gol sepanjang dua tempoh beraksi untuk United, selain lima gol untuk Sporting Lisbon, 450 gol buat Real Madrid, 101 gol untuk Juventus dan 115 gol buat Portugal.



Beliau juga merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang masa dalam bola sepak antarabangsa lelaki, Liga Juara-Juara dan untuk Portugal.



Rekod penjaring gol terbanyak EPL disandang oleh bekas bintang England, Alan Shearer, yang ketika mengulas untuk Amazon Prime Video, berkata: "Anda hanya perlu duduk dan berkata 'wow' dan memuji pemain ini.



"Dia bertekad tinggi Amat sukar untuk mencapai puncak apatah lagi untuk kekal di sana. Anda perlu bangun setiap pagi dan kembali gigih beraksi di padang, dan seluruh dunia mengharapkan anda untuk memaparkan persembahan baik setiap minggu. Apa yang Ronaldo capai sejauh ini adalah menakjubkan."



Rakan sepasukan Ronaldo di United dan Portugal, Fernandes, menambah: "Memang luar biasa sekali... kita semua tahu dia makin menyerlah dari satu perlawanan ke perlawanan lain, tahun demi tahun.



"Beliau bersemangat mahu terus menjadi yang terbaik dan itulah yang beliau lakukan. Beliau tahu bagaimana untuk memotivasikan diri." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >