Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo kongsi rekod gol antarabangsa terbanyak

Jun 25, 2021 | 5:30 AM
Cristiano Ronaldo. - Foto EPA-EFE
Cristiano Ronaldo. - Foto EPA-EFE -

LONDON: Cristiano Ronaldo menyamai rekod jaringan gol antarabangsa bagi pemain bola sepak lelaki selepas beliau menjaringkan dua gol untuk membantu juara bertahan Portugal mengikat Perancis 2-2 untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Euro 2020.

Ronaldo menjaringkan gol ke-108 dan gol ke-109, kededuanya penalti, untuk menyamai rekod Ali Daei yang dicatatkan bersama Iran antara 1993 dengan 2006.

Gol-gol itu, namun, tidak mencukupi untuk memberi kemenangan kepada Portugal, selepas Karim Benzema mengakhiri kemarau gol antarabangsa enam tahun untuk menjaringkan dua gol bagi Perancis dan memastikan pasukannya mengakhiri peringkat kumpulan di tangga teratas.

Pusingan perlawanan kumpulan terakhir semalam berakhir dengan dramatik bagi Kumpulan F, selepas Jerman - yang hampir tersingkir - menjaringkan gol pada minit-minit terakhir untuk mengikat Hungary 2-2.

Keputusan itu menyingkir Hungary daripada pertandingan, meskipun pasukan itu berada dalam kedudukan cerah untuk melayakkan diri ke pusingan selanjutnya selepas mendahului Jerman 2-1 sehingga minit ke 85 perlawanan.

Dalam perlawanan antara Portugal dengan Perancis pula, Ronaldo menjaringkan gol pembuka tirai selepas Hugo Lloris mengasari Danilo dalam petak penalti, sebelum Benzema menyamai kedudukan di ambang waktu rehat, juga dari petak penalti.

Penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol keduanya sejurus selepas separuh masa kedua bermula, menyempurnakan hantaran cantik dari Paul Pogba.

Namun Ronaldo, yang juga kapten Portugal, menyamakan kedudukan 13 minit kemudian, apabila beliau menyempurnakan penalti yang dimenanginya sendiri.

Keputusan itu bermakna Portugal mengakhiri pusingan kumpulan di tangga ketiga, tetapi mara ke pusingan kelayakan sebagai antara pasukan terbaik di kedudukan ini.

Perancis pula mara ke pusingan selanjutnya sebagai juara, satu mata di atas Jerman di tangga kedua. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg