Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo membisu tentang masa depan bersama Portugal

Dec 18, 2022 | 5:30 AM
Foto AFP
Foto AFP -

KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo, enggan memberi sembarang pengesahan apakah beliau akan terus mewakili negaranya. Bintang berusia 37 tahun itu memasuki padang hanya sebagai pemain gantian dalam kekalahan Portugal kepada Maghribi di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.

"Memenangi Piala Dunia bersama Portugal adalah impian paling besar dalam kerjaya saya," tulisnya di media sosial. "Malangnya, impian itu sudah berakhir."

Ronaldo secara penuh kontroversi meninggalkan Manchester United sebelum Piala Dunia bermula menyusuli wawancara media di mana pemenang anugerah Ballon d'Or winner itu mengkritik teruk pemilik, pengurus dan pemain United.

Di Qatar, beliau dinamakan dalam kesebelasan utama bagi tiga perlawanan Kumpulan H sebelum reaksi negatifnya setelah dikeluarkan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Korea Selatan menyaksikan beliau digugurkan dalam perlawanan kalah mati menentang Switzerland.

Malah, beberapa media Portugal melaporkan Ronaldo mengancam akan meninggalkan skuad Portugal di Qatar selepas digugurkan, meskipun ini dinafikan jurulatih Fernando Santos.

Mengulas mengenai desas-desus itu, Ronaldo mengeluarkan kenyataan: "Banyak telah diperkatakan, banyak telah ditulis, banyak lagi spekulasi dibuat, tetapi saya mahu semua orang mengetahui bahawa dedikasi saya pada Portugal tidak pernah berubah."

"Saya sentiasa masih merupakan pemain yang berjuang untuk Portugal, berjuang untuk mencapai matlamat sama. Saya tidak akan mengabaikan rakan sepasukan dan negara yang saya cintai," tambahnya.

Ronaldo, yang kini berlatih bersama kelab lamanya Real Madrid di Sepanyol sementara menanti kelab baru, berkata beliau mahu melihat ke hadapan.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Qatar dan menyifatkan pengalaman beraksi di Piala Dunia 2022 ini sebagai sesuatu yang indah, Ronaldo berkata:

"... kini masanya untuk semua berehat. Biarlah orang membuat andaian masing-masing." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg