Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo, Messi ketuai senarai calon pemain bola sepak terbaik dunia

Oct 25, 2016 | 12:13 PM



LONDON: Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi meneruskan persaingan tidak berkesudahan mereka untuk dinobat sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia, selepas mereka diumum pada Isnin (24 Okt) mengetuai senarai pendek 30 pemain bagi anugerah Ballon d'Or (Bola Emas) 2016.



Messi, bintang Barcelona daripada Argentina yang memenanginya bagi rekod lima kali, dan Ronaldo, pemenang tiga kali daripada Real Madrid, menguasai anugerah itu setiap tahun sejak 2007.



Walaupun form beliau jatuh sedikit musim ini, Ronaldo, yang musim lalu membantu Portugal menjuarai gelaran Euro 2016 dan Real Madrid menjulang mahkota Liga Juara-Juara, menjadi pilihan utama untuk merebut semula gelaran itu dari Messi.



Beliau antara enam pemain Real Madrid dalam senarai tersebut, di samping Gareth Bale, Toni Kroos, Luka Modric, Sergio Ramos dan Pepe.



Messi menyertai senarai tersebut bersama tiga rakannya daripada Barcelona - Neymar, Luis Suarez dan Andres Iniesta.



Turut termasuk ialah Jamie Vardy, penyerang Leicester City, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, dan rakan sepasukannya yang juga pemain terbaik England musim lalu, Riyad Mahrez dari Algeria.



Mahrez dan penyerang Borussia Dortmund dari Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang, satu-satunya pemain dalam senarai itu yang berasal dari luar Eropah atau Amerika Selatan.



Majalah Football Perancis, yang memberi anugerah itu setiap tahun sejak 1956, mengumumkan senarai pendek tersebut, dengan pemenangnya akan diumum pada Januari.



Anugerah itu dikenali sebagai Fifa Ballon d'Or sepanjang enam tahun lalu, sehingga Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menamatkan kaitannya dengan anugerah tersebut September lepas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >