Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo mohon maaf, akui 'perasaan yang tak dapat dikawal'

Oct 22, 2022 | 5:30 AM
cfef6728-8686-4bbf-a4ac-d06433492129
-

LONDON: Cristiano Ronaldo berkata "perasaannya yang tidak dapat dikawal" menyebabkan tindakannya dalam insiden yang mendesak Manchester United menyingkirkannya daripada skuad menentang Chelsea hari ini (waktu tempatan).

Penyerang Portugal itu meninggalkan Old Trafford sebelum berakhirnya perlawanan yang menyaksikan United menang 2-0 ke atas Tottenham Rabu lalu.

Ronaldo, yang diletakkan di bangku simpanan, tidak digunakan dalam perlawanan itu.

"Saya sentiasa cuba menjadi diri saya contoh kepada pemain muda dalam semua pasukan yang saya wakili," tulisnya di Instagram kelmarin. "Ia tidak selalu mungkin begitu."

Beliau menambah: "Kadang kala, keadaan yang tidak dapat dikawal berlaku ke atas kita semua.

"Saya hanya merasakan bahawa saya perlu bekerja keras di Carrington (tempat latihan United), menyokong rakan sepasukan dan bersedia untuk segala-galanya dalam mana-mana perlawanan.

"Menyerah kalah kepada tekanan bukan satu pilihan. Ia tidak pernah berlaku. Ini ialah Manchester United, dan kami perlu bersatu, berdiri teguh."

United menegaskan bintang Portugal berusia 37 tahun itu kekal sebagai bahagian penting skuad The Red Devils tetapi menganggap isu ini sebagai perkara disiplin.

Perlawanan tanpa Ronaldo di Stamford Bridge adalah perlawanan besar, dengan United hanya satu mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat.

Beberapa media melaporkan Ronaldo enggan diturunkan sebagai pemain pengganti pada saat akhir perlawanan menentang Spurs. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg