Ronaldo raih pemain terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Dunia Ketujuh
Premium
Ronaldo raih pemain terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Dunia Ketujuh
Dec 29, 2016 | 5:30 AM
YANG TERBAIK: Penyerang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang memenangi pemain terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Dunia Ketujuh di Dubai kelmarin, kelihatan dalam gambar ini selepas menjaringkan gol kedua Real Madrid ke atas Kashima Antlers pada final Piala Dunia Kelab Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada pertengahan bulan ini. - Foto REUTERS -
DUBAI: Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dan jurulatih skuad Portugal yang menjuarai Euro 2016, Fernando Santos, memenangi anugerah tertinggi dalam Anugerah Bola Sepak Dunia Ketujuh di Dubai, kelmarin.
Ronaldo memenangi anugerah pemain terbaik selepas menerajui negaranya memenangi kejuaraan besar pertama di Euro 2016 dan membantu Real mencatat rekod memenangi Piala Eropah buat kali ke-11.

