Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo tiba di Arab Saudi

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, tiba di Riyadh menjelang perasmian pendedahan pemain itu kepada para peminat kelab Al Nassr Arab Saudi, menyusuli pemindahannya ke sana yang bernilai Euro 200 juta (S$286 juta).



Ronaldo, 37 tahun yang merupakan pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali, tiba di ibu kota Arab Saudi itu lewat kelmarin, menurut siaran televisyen Al Ekhbariya, dan kini menetap di sebuah hotel mewah bersama rombongannya.



"Beliau membawa bersamanya sebuah pasukan besar para penolong dan juga sebuah firma keselamatan privet," kata seorang pegawai kepada agensi AFP.



Terdapat langkah keselamatan yang tinggi di sekitar lapangan terbang dengan banyak kereta polis yang hadir dan pusat pemeriksaan dipasang.



Ronaldo, yang meninggalkan Manchester United selepas mengutuk kelab tersebut dalam satu temuramah televisyen, dijangka tampil di stadium Mrsool Park di Riyadh yang berkapasiti 25,000 orang tengah malam tadi.



Meskipun di sebalik khabar akan banyak tawaran yang diterimanya dari kelab-kelab Eropah, Ronaldo akan memulakan perjalanan barunya dalam bola sepak di Asia mulai tahun ini.



Ini bukan kali pertama beliau ke Arab Saudi, memandangkan beliau sebenarnya pernah bermain secara kompetitif di Al Nassr sebelum ini.



Pada Disember 2019, kelab lamanya, Juventus, tewas kepada Lazio di Stadium Mrsool Park dalam pertandingan Supercoppa Italiana.



Kontrak Ronaldo yang akan berakhir sehingga Jun 2025 itu merupakan belanja besar terkini dalam bidang sukan di negara itu selepas Formula Satu (F1), tinju dan golf selain pembelian kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.



Ronaldo dilaporkan bintang terbesar terkini yang akan bermain di Arab Saudi, bersama bintang lama lain seperti George Weah, Pep Guardiola dan Xavi yang pernah bermain bermain di negara yang kaya minyak itu.



Al Nassr yang telah menjuarai liga Saudi sebanyak sembilan kali, menganggap perjanjian dengan Ronaldo itu sebagai amat bersejarah, dan dijangka memberi inspirasi kepada liga dan negara tersebut.



Dalam catatan Tweeter, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal berikrar untuk "menyokong kelab-kelab lain bagi mendapatkan kontrak berkualiti dengan bintang-bintang antarabangsa tidak lama lagi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >