Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rooney 'kekal komited' pada Derby walau kelab hadapi isu bankrap

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Derby County, Wayne Rooney, menekankan beliau tidak akan meninggalkan kelab liga Championship itu meskipun ia kini dalam keadaan tak mampu bayar dan diletak di bawah pentadbiran insolvensi.



Firm runding cara perniagaan Quantuma mengambil alih pentadbiran Derby minggu lalu, sekali gus kelab itu dikenakan denda potongan 12 mata di bawah peraturan liga.



Ditanya apakah beliau akan meninggalkan jawatannya di kelab yang berdepan masalah kewangan itu, Rooney menjawab: "Saya rasa tidak."



"Saya akan terus berjuang untuk kelab ini. Saya tidak akan meninggalkan kakitangan kami begitu sahaja pada saat mereka memerlukan seseorang untuk memimpin mereka," tambahnya.



Bekas legenda Manchester United dan England itu mengambil alih teraju Derby menyusuli pemecatan pengurus Phillip Cocu pada November 2020.



Rooney disahkan sebagai pengurus dua bulan kemudian, membantu memastikan kelab bergelar Rams itu kekal di liga Championship, walaupun status mereka dipastikan hanya pada perlawanan terakhir musim.



Musim ini, Derby mencatat dua kemenangan dan empat seri dalam lapan perlawanan sejauh ini.



Kelab itu juga dilarang membeli pemain, lantas memaksa Rooney mendapatkan pemain bebas kontrak.



Desas-desus mengatakan Rooney memutuskan meninggalkan Derby kerana mendapat tahu kelab itu diletak di bawah pentadbiran hanya menerusi berita di televisyen.



Rooney berkata dalam satu wawancara media ia menunjukkan pemilik kelab itu, Mel Morris, tidak menghormati beliau dan pemain kerana tidak memaklumkan mereka.



"Saya belum berbual dengan Mel sejak 9 Ogos," kata Rooney.



"Kami mempunyai pertemuan bersama pemain, saya juga hadir tapi tidak ada apa-apa diperkatakan mengenai pentadbiran. Kemudian, tiada panggilan telefon atau mesej.



"Mel tidak perlu meminta maaf kepada saya, tetapi sebagai pengurus apabila pemain dan kakitangan lain meminta jawapan daripada saya dan saya tidak mempunyainya... jadi saya agak terkesan oleh cara layanan beliau.



"Bagi saya, ada cara untuk menangani perkara seperti ini dan caranya ialah dengan bersikap terbuka dan jujur... ia tidak berlaku, jadi agak mengecewakan," tambah Rooney.



Dengan pemotongan 12 mata, Derby kini menduduki tangga paling bawah liga dengan hanya dua mata. Masalah Derby tidak berakhir di situ kerana ia juga berdepan pemotongan sembilan lagi mata jika siasatan menunjukkan ia gagal dalam amalan perakaunannya.



Mengulas mengenai keputusannya kekal komited kepada Derby, Rooney berkata: "Saya mempunyai banyak cabaran semasa membesar, saya tahu kehidupan ini sukar.



"Bagi saya, keutamaan saya ialah pemain dan kakitangan Derby County. Insan apakah saya jika saya meninggalkan mereka semasa mereka benar-benar memerlukan saya." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >