Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rosberg juara Formula Satu Russia

May 03, 2016 | 07:45 AM



SOCHI (Russia): Nico Rosberg menjadi hanya pemandu keempat dalam sejarah Formula Satu yang mencatat tujuh kemenangan berturut-turut apabila beliau menewaskan rakan sepasukan Mercedesnya, Lewis Hamilton, untuk menjuarai Grand Prix Russia pada Isnin (2 Mei).



Pemandu berusia 30 tahun itu bermula dari petak utama dan menghasilkan prestasi kukuh apabila beliau meningalkan yang lain bagi mencapai kemenangan keempatnya musim ini dan ke-18 dalam kerjayanya.



Rosberg memenangi tiga perlumbaan terakhir tahun lalu dan kali terakhir beliau dikalahkan ialah apabila juara dunia tiga kali Hamilton menang di Grand Prix Amerika Syarikat tahun lepas untuk merangkul kejohanan dunia.



Tiga pemandu yang pernah memenangi tujuh perlumbaan berturut-turut ialah Alberto Ascari dari Italy, Michael Schumacher dari Jerman dan Sebastian Vettel, juga dari Jerman, yang tersingkir dalam perlumbaan Isnin dek kemalangan pusingan pertama.



Hamilton menduduki tempat kedua dalam perlumbaan di Russia, disusuli Kimi Raikkonen daripada Ferrari.



Dengan ini, Rosberg mendahului persaingan pemandu dengan 100 mata diikuti Hamilton (57), Raikkonen (43), Daniel Ricciardo (36) dan Sebastian Vettel (33).



Mercedes di depan dalam persaingan pasukan dengan 157 mata, disusuli Ferrari (76), Red Bull (57), Williams (51) dan Haas (22). - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >