Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Rosnani Azman wanita SG pertama beraksi di Jepun

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN bola sepak wanita negara, Siti Rosnani Azman, telah menandatangani kontrak satu musim bersama pasukan Jepun, International Athletic Club (INAC) Kobe Leonessa, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.



Rosnani bakal bersaing dengan pasukan barunya itu dalam Liga Women Empowerment (WE), yang merupakan liga bola sepak wanita profesional pertama Jepun.



Beliau menjadi pemain bola sepak wanita negara kedua untuk bermain secara profesional selepas Lim Shiya, yang beraksi di Liga Wanita Australia bersama Perth Glory FC antara 2008 hingga 2009, lapor akhbar The Straits Times.



Perpindahan Rosnani ke Jepun dapat dilaksanakan dengan bantuan FAS dan ketua eksekutif Albirex Singapura, Shu Namba serta pengurus pasukan Suzanna Foo, yang menghubungkan Rosnani dengan pengarah INAC Kobe.



Pemain berusia 24 tahun itu menyertai INAC Kobe dari kelab separa profesional Australia, South West Queensland (SWQ) Thunder, yang bertanding dalam liga wanita peringkat kedua negara itu.



Semasa berada di Australia, Rosnani berjaya membuat 31 penampilan untuk pasukan itu.



Mengulas tentang pemindahannya ke INAC Kobe, Rosnani ditukil FAS sebagai berkata, beliau "sangat teruja dan berterima kasih atas peluang yang tidak sering berlaku ini untuk berlatih dan bersaing di Jepun.



"Saya percaya pengalaman ini akan mendorong saya keluar dari zon selesa saya untuk berkembang sebagai pemain dan juga individu".



Musim sulung Liga WE, yang bermula pada 12 September nanti dan berakhir pada Mei 2022, akan menampilkan 11 kelab.



Tiada pasukan akan disingkirkan untuk beberapa tahun pertama dan liga tersebut juga memerlukan setiap kelab mengambil wanita dan membentuk setengah dari tenaga kerja dan pegawai kelab.



Sebelum pembentukan Liga WE, INAC Kobe telah menjadi sebahagian daripada Liga Divisyen 1 Nadeshiko, yang kini merupakan peringkat kedua bola sepak wanita di Jepun.



Mereka memenangi kejuaraan sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2011 hingga 2013 dan menduduki tempat kedua musim lalu.



Pada musim yang akan datang, Rosnani berpeluang tampil bersama pemain antarabangsa Jepun, Ayaka Yamashita, Emi Nakajima, Hina Sugita, Yuka Momiki dan Mina Tanaka, yang merupakan sebahagian daripada skuad Jepun di Sukan Olimpik Tokyo.



"Saya gembira dapat memperoleh pengalaman di Jepun di mana standard bola sepak di situ terus meningkat.



"Ia masih terasa seperti sebuah mimpi, tetapi saya tahu bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah.



"Saya sudah bersedia dan ingin mencabar diri saya untuk melihat sejauh mana saya boleh pergi.



"Saya harap ini juga dapat memberi inspirasi kepada pemain wanita lain di Singapura dan menanamkan kepercayaan bahawa menjadi pemain bola sepak wanita profesional merupakan satu perkara yang tidak mustahil," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >