Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Roy Hodgson labuh tirai kerjaya dengan Crystal Palace

May 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Roy Hodgson berkata mengurus Crystal Palace adalah satu "kisah dongeng (fairytale)" meskipun perlawanan terakhir kendaliannya di padang sendiri berakhir dalam kekecewaan 3-1 setelah Arsenal menjaringkan dua gol dalam waktu tambahan.



Pengurus veteran Hodgson, 73 tahun, mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu di hujung musim selepas empat tahun menggalas jawatan itu, dan diberikan sambutan mesra oleh peminat yang kembali menonton perlawanan di stadium.



Namun, perlawanan perpisahannya di Selhurst Park berakhir dengan kekalahan pada saat akhir ketika Gabriel Martinelli meledakkan gol dari jarak dekat menerusi hantaran rakan pemain gantian Martin Odegaard pada waktu tambahan.



Ini sebelum Nicholas Pepe dengan tenang menjaringkan gol ketiga Arsenal empat minit kemudian.



Tandukan aksi junam Christian Benteke dari tendangan bebas Andros Townsend sebelum itu telah menyamakan pasukan tuan rumah setelah Pepe menghasilkan gol 'volley' untuk melengkapkan gerakan serangan kemas Arsenal.



"Ia sangat luar biasa," kata Hodgson kepada BBC Sport. "Saya tidak pernah membayangkannya. Daripada berdiri di teres pada usia lima tahun kepada tamat menguruskan pasukan di usia 73 tahun - ia seakan kisah dongeng atau seperti 'Roy of the Rovers'. Ia telah menjadi satu keistimewaan buat saya.



"Saya sangat gembira dengan sambutan yang mereka berikan. Ia kelihatan mereka menghargai saya seperti mana saya menghargai mereka dan itu adalah perasaan yang baik."



Palace boleh naik ke tangga ke-12 pada hari terakhir liga Ahad ini sekiranya mereka mencatat keputusan yang lebih baik dari Wolves menentang Manchester United, yang berakhir seri 1-1, manakala harapan Arsenal untuk meraih kedudukan enam pasukan teratas musnah dengan kemenangan West Ham 3-1 ke atas West Brom. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >