Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

NASIB MALANG...

Rumah Pogba dirompak, pingat juara Piala Dunia lesap

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemain midfield Manchester United, Paul Pogba (gambar), mendedahkan bahawa perompak yang menceroboh masuk ke kediamannya telah mencuri pingat Piala Dunia yang dimenangi beliau.



Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu menceritakan mengenai kejadian yang disifatkan beliau sebagai "mimpi buruk" bagi keluarganya minggu lalu apabila rumah mereka dipecah masuk semasa Pogba mewakili United dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid.



Dua anaknya yang kecil dan penjaga mereka berada di dalam rumah ketika kejadian tersebut.



"Perkara yang paling penting ialah anak-anak saya selamat," ujar beliau, dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Perancis, Le Figaro.



Perancis memenangi Piala Dunia pada 2018, menewaskan Croatia 4-2 dalam final di Moscow dengan Pogba menjaringkan gol ketiga pasukannya.



Menyentuh mengenai barang-barang yang dicuri, beliau berkata:



"Ada beberapa barang kemas yang dihadiahkan ibu saya, dan juga pingat Piala Dunia saya.



"Namun apa yang paling menakutkan ialah dua anak saya berada di rumah bersama penjaga mereka ketika perompak itu pecah masuk ke rumah kami.



"Penjaga kami terdengar perompak itu cuba memecah masuk, beliau menelefon isteri saya dan pegawai keselamatan kami, kemudian mengunci dirinya dan anak-anak dalam bilik. Sehingga sekarang, beliau masih dalam keadaan terkejut."



Pogba menyertai semula United setelah berpindah dari Juventus dengan yuran pemindahan £89 juta - satu rekod dunia ketika itu. Kontraknya bersama gergasi bola sepak dunia itu tamat akhir musim ini.



Pemain itu kini bersama pasukan Perancis yang bersiap bagi perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast dan Afrika Selatan. Beliau hanya mula kembali beraksi untuk United dalam beberapa minggu lalu, setelah mengalami kecederaan lewat tahun lalu.



"Menyertai pasukan nasional seolah-olah beri saya nafas baru," katanya.



"Saya mahu meningkatkan kecergasan dan ketajaman saya menerusi lebih banyak peluang bermain supaya saya dapat meningkatkan persembahan dengan United. Menyarung jersi ini, mewakili negara saya, ialah satu kebanggaan bagi saya," tambah beliau. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >