Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KESAN PENCEROBOHAN RUSSIA KE ATAS UKRAINE

Russia disingkir dari pertandingan bola sepak antarabangsa

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) semalam memutuskan untuk menyingkirkan Russia daripada Piala Dunia dan digantung daripada semua pertandingan antarabangsa sehingga diberitahu kelak.



Badan induk bola sepak Eropah turut mengumumkan pembatalan kerjasama dengan syarikat gergasi Russia, Gazprom.



Pasukan kebangsaan Russia sepatutnya beraksi perlawanan play-off Piala Dunia Mac ini dengan pasukan wanita mereka sudahpun melayakkan diri beraksi di Kejohanan Eropah di England pada Julai.



"Fifa dan Uefa memutuskan bersama-sama bahawa semua pasukan Russia sama ada wakil kebangsaan atau kelab akan digantung daripada penyertaan dalam kedua-dua pertandingan Fifa dan Uefa sehingga diberi tahu kelak," kata kenyataan bersama itu.



Poland, Sweden dan Republik Czech sebelum ini menolak untuk beraksi menentang Russia dalam perlawanan play-off.



Fifa sebelum ini membenarkan Russia beraksi di bawah nama Kesatuan Bola Sepak Russia dan bermain perlawanan di tempat sendiri di wilayah neutral secara tertutup dan bendera dan lagu kebangsaan Russia diharamkan.



Tetapi langkah itu ditolak sebagai 'tidak boleh diterima sama sekali' oleh presiden FA Poland, Cezary Kulesza, yang menambah bahawa Poland tidak akan bermain play-off Piala Dunia menentang Russia, 'tidak kira apa nama pasukan itu.'



"Presiden Gianni Infantino dan Aleksander Ceferin berharap keadaan di Ukraine akan bertambah baik agar bola sepak sekali lagi boleh menjadi elemen perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat."



Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam juga menggesa persekutuan sukan dan penganjur menyingkirkan atlet Russia dan Belarus serta pegawai mereka daripada saingan antarabangsa selepas pencerobohan Russia terhadap Ukraine.



Walaubagaimanapun, IOC berdepan dengan "dilema yang tidak boleh diselesaikan."



"Ketika atlet dari Russia dan Belarus boleh terus bertanding dalam acara sukan, ramai atlet dari Ukraine terhalang kerana negara mereka diserang.



"Dalam usaha mempertahankan integriti kejohanan sukan global dan keselamatan semua peserta, IOC EB (majlis eksekutif) mencadangkan Persekutuan Sukan Antarabangsa dan penganjur acara sukan, tidak menjemput atau membenarkan atlet dari Russia dan Belarus serta pegawai mereka menyertai kejohanan antarabangsa," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.



Dalam pada itu, kelab Russia Spartak Moscow berkata mereka akan mematuhi keputusan Uefa untuk mengeluarkan mereka daripada Liga Europa, sambil menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan keputusan itu.



Spartak telah memenangi peringkat kumpulan Liga Europa mereka mendahului Napoli, Leicester City dan Legia Warsaw, dan sepatutnya menentang pasukan Jerman, RB Leipzig dalam pusingan kalah mati seterusnya.



Bagaimanapun, badan bola sepak Eropah itu telah bertindak untuk mengeluarkan kelab itu daripada pertandingan, dengan Leipzig mendapat kelayakan terus ke peringkat suku akhir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >