Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MUSIM PEMINDAHAN

Sadio Mane 'tak perlu fikir dua kali' sertai Bayern

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



BERLIN: Bayern Munich menandatangani Sadio Mane dari Liverpool, kedua-dua kelab itu mengesahkan kelmarin, dengan penyerang Senegal berkenaan diikat tiga tahun oleh juara Bundesliga itu.



Yuran pemindahan dilaporkan sekitar £35 juta ($59.5 juta) untuk Mane, 30 tahun, yang memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana England, Piala FA dan Piala Dunia Kelab sepanjang enam tahun di Merseyside.



Liverpool menolak dua bidaan dari Bayern sebelum bersetuju bagi bayaran untuk Mane, yang masih terikat kontrak sehingga musim panas depan.



"Ejen saya memberitahu saya yang ada juga tawaran daripada kelab lain, tetapi bagi saya, Bayern lebih menepati pilihan saya sejak awal mereka mempersembahkan pelan mereka.



"Bagi saya ia kelab yang tepat buat masa sekarang. Ia salah sebuah kelab terbesar di dunia dan pasukannya sering bersaing untuk kejuaraan," kata Mane.



Mane menyertai Liverpool pada harga £34 juta dari Southampton pada Jun 2016, dan menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan, menamatkan musim lalu dengan 23 gol bagi semua pertandingan.



Bayern baru saja memenangi Bundesliga buat musim kesepuluh berturut-turut dan Mane berkata beliau mahu memastikan lebih banyak gelaran dimenangi bersama rakan sepasukan barunya.



Ketibaannya mampu mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Robert Lewandowski - peledak prolifik Bayern yang menjadi buruan Barcelona, dan pemain sayap Serge Gnabry yang belum melanjutkan kontraknya.



Minggu lalu, Liverpool mengumumkan rekrut baru mereka, penyerang Uruguay Darwin Nunez dari Benfica dengan yuran pemindahan awal £64 juta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >