Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Safuwan Baharudin sertai Melbourne City FC

Jan 29, 2015 | 8:52 AM
AKHIRI SPEKULASI: Kelab Liga A Melbourne City FC mengumumkan Safuwan Baharudin telah menyertainya bagi baki musim ini.
AKHIRI SPEKULASI: Kelab Liga A Melbourne City FC mengumumkan Safuwan Baharudin telah menyertainya bagi baki musim ini. -

SAFUWAN BAHARUDIN akan menyarung jersi Melbourne City FC dalam Liga Australia bagi separuh kedua musim yang bermula Ahad ini. Awal pagi Khamis, kelab itu mengumumkan di laman web rasminya bahawa pemain pertahanan nasional itu telah menandatangani kontrak dengannya bagi baki musim 2014/2015. Pengumuman itu mengakhiri spekulasi bahawa Safuwan meninggalkan LionsXII bagi menyertai Melbourne City, sesuatu yang dinafikan pemain itu sendiri kelmarin. Safuwan menyertai latihan ujian 10 hari bersama kelab itu di Abu Dhabi awal bulan ini dan tidak bersama LionsXII ke Maldives. Dalam laporan yang tertera di laman web Melbourne City jurulatih kelab John van 't Schip, Safuwan menawarkan pilihan tambahan bagi benteng pasukannya. "Beliau pemain yang tenang dan selesa bergerak dengan bola, serta membuat pilihan yang pantas dan baik di padang," kata Schip. Safuwan pula berkata: "Saya bertungkus-lumus... dan amat gembira jurulatih gembira dengan apa yang mereka perhatikan. "Saya tidak sabar beraksi dengan terbaik bagi kelab dan sebagai duta Singapura. Saya ingin membuat orang tua dan keluarga saya bangga," katanya.

 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg