Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Safuwan gesa rakan Singa usah sesiakan peluang langkah lebih jauh

Singa sudah boleh 'hidu' tempat ke separuh akhir; jurulatih Yoshida puji semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



KEMENANGAN tipis 2-1 yang dikecapi Singapura ke atas Filipina di Stadium Negara malam kelmarin bukanlah paparan terbaik yang pernah ditunjukkan anak didik Tatsuma Yoshida namun tiga mata penuh yang diraih menunjukkan daya saing tinggi dan tekad mereka untuk berjaya.



Enam mata daripada dua perlawanan yang dikutip setakat ini, dengan lagi tiga mata dijangka apabila Singa berdepan dengan Timor Leste minggu depan mencerahkan peluang melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki pertama dalam hampir sedekad.



Dalam kejohanan besar seperti Piala AFF, rentak dan keyakinan adalah aspek penting untuk melangkah jauh hingga ke final.



Ini ditunjukkan tonggak pertahanan Singa, Safuwan Baharudin, semasa bercakap kepada media sejurus selepas perlawanan dengan Filipina.



Beliau, yang dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan itu, berkata suasana dalam bilik salin pasukan begitu positif.



"Sejujurnya, saya tahu kami sentiasa mengalami kesukaran untuk mengatasi Filipina... dan juga rasa takut bahawa ia (kekalahan lalu) akan berlaku sekali lagi. Lagipun, kali terakhir kami mengalahkan mereka adalah sembilan tahun lalu," ujar Safuwan, yang musim lalu, menyarung jersi Selangor dalam Liga Super Malaysia.



"Tapi kami bermain gaya bola sepak yang amat berbeza di bawah bimbingan jurulatih Tatsuma. Beliau memberi kami keyakinan untuk bermain dengan yakin dan bersungguh-sungguh, yang membantu kami mempertahankan benteng sepanjang perlawanan," kata Safuwan.



"Sudah tiba masanya untuk kami memutuskan rantaian (keputusan mengecewakan semasa menentang Filipina) dan untuk mendapatkan enam mata dalam dua perlawanan pertama ini juga sesuatu yang kami belum perolehi untuk sekian lama," tambah Safuwan lagi.



Kali terakhir Singa mencatatkan kemenangan ke atas The Azkals adalah pada 2012.



Tahun itu juga merupakan kali terakhir Singapura, juara empat kali, menjuarai Piala AFF atau berjaya ke pusingan separuh akhir.



Menambah, Safuwan berasa yakin permulaan yang baik ini dapat diteruskan sepanjang pertandingan.



"Selama ini, kami sentiasa tunggu hingga ke perlawanan terakhir untuk menunjukkan taring... yang kerap berakhir dengan kekecewaan.



"Kali ini saya harap kami dapat rebut peluang baik ini dan mudah-mudahan kami dapat pergi lebih jauh."



Dalam pada itu, keyakinan diri pemain yang bertambah ini turut dilihat oleh Yoshida, yang memuji "semangat Singapura".



"Saya sangat gembira pemain berjuang bermati-matian hingga ke wisel penamat untuk meraih tiga mata ini," kata Yoshida, mengulas mengenai perlawanan dengan Filipina.



"Dalam babak pertama, mereka beraksi dengan baik, mengikut strategi dan posisi yang ditetapkan dan bermain sebagai satu unit. Pada babak kedua pula, mereka bermain dengan sepenuh jiwa dan menunjukkan semangat Singapura.



"Kemenangan ini adalah titik perubahan yang sangat besar bagi kami dalam pertandingan ini."




"Tapi kami bermain gaya bola sepak yang amat berbeza di bawah bimbingan jurulatih Tatsuma. Beliau memberi kami keyakinan untuk bermain dengan yakin dan bersungguh-sungguh, yang membantu kami mempertahankan benteng sepanjang perlawanan. Sudah tiba masanya untuk kami memutuskan rantaian (keputusan mengecewakan semasa menentang Filipina) dan untuk mendapatkan enam mata dalam dua perlawanan pertama ini juga sesuatu yang kami belum perolehi untuk sekian lama."
- Tonggak pertahanan Singa, Safuwan Baharudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >